Jika anda perhatikan perkongsian di grup Ativa Malaysia ramai yang mengeluh belum menerima kenderaan mereka.
Malah ada yang meminta ahli grup tersebut memperkenalkan agen yang dapat mempercepatkan urusan pembelian kerana perlu menunggu sehingga sebulan.
Bagaimanapun lain pula kisah seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Azwan yang ingin melepaskan Perodua Ativa tahun 2021.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik dalam grup berkenaan dia ingin menjual SUV berkenaan pada harga RM65,000 yang mana insurans akan tamat April ini.
“Assalam nak cuba jual Ativa. RM65k. Ativa AV single tone 2021, free mGard tinted, free carpet trapo dan boot tray,” tulisnya.
Menjawab persoalan ahli grup Ativa Club Malaysia, dia memberitahu perbatuan Ativa tersebut sekitar 34,000 dan tiada yang kurang tentang SUV berkenaan.
DAH LAMA SUKA CIVIC
Cuma hatinya sudah lama berminat dengan Honda Civic FC. Kebetulan bapa saudaranya ingin melepaskan sedan jenama H tersebut.
“Bawa memang best Ativa ni. Cuma memang dah minat dengan kereta Civic fc tu. Dapat pula dari pakcik. Harga murah dari kedai jual. Condition superb.
“Dia kata nak jual dekat Carsome. Tu saya terus beli dari dia, Civic 1.5tc (2018) dan milage 30,000 sebab jarang guna” jawabnya.
Tindakannya memilih model Civic itu dipertikaikan kerana perlu mengeluarkan duit lebih banyak sekiranya berlaku kerosakan.
Bagaimanapun, Azwan berani mengambil risiko kerana model Civic FC itu mudah dijual dan harga pasaran yang masih tinggi.
Dua jam selepas status berkenaan dimuatnaik, Azwan memberitahu akan menjual SUV tersebut menerusi Carsome atau Mytukar.
“Saya cuba check harga dan jual melalui mereka dulu. Sebab proses senang. Deme uruskan semua,” jelasnya.
Di samping itu, seorang pemilik turut berkongsi pengalaman menjual Perodua Ativa AV miliknya menerusi Mytukar pada harga RM65,000.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar