Polis siasat pemandu Tesla Singapura guna autopilot ke Pulau Pinang

13227

Polis Malaysia mengharamkan penggunaan sistem autopilot di lebuhraya dan akan mengambil tindakan terhadap pasangan Singapura yang mengaktifkan sistem berkenaan pada Tesla Model 3 di lebuhraya Malaysia.

Video akaun @SGpikarchu tersebut tular di TikTok yang menunjukkan pemandu berkenaan menggunakan sistem pemanduan semi autonomi di lebuhraya Malaysia menuju ke Pulau Pinang.

@sgpikarchu

Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Vacation – Dirty Heads



Menerusi video itu pemandu menunjukkan fungsi sistem berkenaan yang mana pada beberapa bahagian video tidak memegang stereng yang membimbangkan pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, menjelaskan laporan kajian terkini dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mendapati pemanduan autonomi boleh menyebabkan pemandu tidak peka dengan keadaan jalan.

“Polis percaya walaupun ketika ini tiada undang-undang yang melarang pemanduan bantuan automatik, sistem itu bukan sahaja gagal mengekalkan fokus pemandu, tetapi juga tidak dapat mengesan sama ada terdapat pemandu dalam kereta.

“Pemandu mungkin kurang melihat jalan dan memberi lebih perhatian dan fokus pada perkara lain yang tidak berkaitan seperti menggunakan telefon pintar,” jelasnya.

@sgpikarchu

Yes, you can drive to Langkawi, the beautiful island. 🤩 Are there charging points? Will our Tesla die? Stay tuned! #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Bakri berkata, walaupun Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 menetapkan sikap yang baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian ketika memandu, Malaysia tidak menggubal peraturan kenderaan pandu sendiri.

Oleh itu, penggunaan pemanduan autonomi ketika memandu masih dilarang di Malaysia. 

Walaupun semua kenderaan pada masa depan akan dilengkapi dengan fungsi pemanduan automatik, pemandu perlu sentiasa memberi perhatian dan peka dengan keadaan jalan raya bagi mengelak kecelakaan sekiranya sistem gagal mengambilalih. 

“Ketika memandu fokus perlu ke arah jalan yang mana aliran trafik dan sikap pemandu jalan raya masih memerlukan pengendalian manusia,” jelasnya. 

Terutamanya di beberapa kawasan yang sering berlakunya kemalangan misalnya di kawasan luar bandar, pemandu masih perlu menilai keadaan secara manual.

Sebelum ini, tular di media sosial pasangan Singapura memandu Tesla menggunakan sistem bantuan pemanduan automatik pada tengah malam 1 April iaitu pada hari pembukaan sempadan.

Menerusi video di TikTok itu mereka mengaktifkan sistem pemanduan automatik menuju ke Pulau Pinang tanpa meletakkan tangan pada stereng. 

Ketika ditanya sama ada polis akan berurusan dengan pasangan itu, Bakri menjawab bahawa tingkah laku berkaitan adalah dilarang di Malaysia, dan kes itu akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Darat 1987.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here