Pesawat kargo Boeing 757-200 DHL melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang antarabangsa Costa Rica, Juan Santamaria selepas mengalami masalah kegagalan sistem hidraulik.
Masalah teknikal berkenaan menyebabkan pesawat tersebut terbabas lalu terbelah dua di bahagian ekor. Bagaimanapun krew yang bertugas tidak mengalami kecederaan dan hanya seorang pekerja menjalani ujian perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.
A much clearer version of the crash landing has emerged!
Source: Unknown#DHL #AvGeek pic.twitter.com/FCYbgFaW0H
— AviationSource (@AvSourceNews) April 7, 2022
Imej dari akhbar Costa Rica La Nacion menunjukkan pesawat berwarna kuning itu mendarat di kawasan rumput sebelah landasan dan disiram dengan buih pemadam kebakaran oleh pihak bomba.
Menerusi imej tersebut menunjukkan bahagian ekor tertanggal dan sayap patah.
Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz menjelaskan susulan masalah teknikal juruterbang memohon kebenaran melakukan pendaratan kecemasan sebaik berlepas.
Jurucakap Boeing Co berkata akan menangguhkan siasatan kepada pihak berkuasa penyiasat. Pihak berkuasa DHL dan lapangan terbang memberitahu mereka akan bekerjasama untuk memindahkan pesawat.
Namun, insiden itu tidak menjejaskan operasi yang mana lapangan terbang berkenaan dibuka semula pada jam 3.30 petang (waktu tempatan) iaitu kira-kira lima jam selepas insiden.
“Pembukaan tersebut beberapa jam lebih awal daripada jangkaan dan kira-kira 8,500 penumpang dan 57 pesawat komersial dan kargo terkesan,” kata Operator Lapangan Terbang, Aeris.
1999 built DHL Aero Expreso B757-27APCF aircraft did an emergency landing receiving substantial damages at Juan Santamaría International Airport (SJO),followed by takeoff and a 25 minutes holding pattern from the same airport on 7th April.
📹Edwin Rose #aircraft #safety #aviation pic.twitter.com/p6hkCXqOLY— FL360aero (@fl360aero) April 7, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar