Siapa sangka penampilan bertudung labuh dan berjubah, rupanya wanita ini merupakan peminat tegar model JDM.
Seorang wanita yang dikatakan bergelar ustazah tular di TikTok apabila memandu Nissan Skyline GT-R R33. Bahkan kemunculannya itu mencuri perhatian komuniti JDM lokal yang dimonopoli golongan lelaki.
Menerusi satu video yang dikongsi akaun @shinchanrx7 menjelaskan dia menemui ustazah Nabilah R33 berkenaan ketika membuka reruai jualan barangan JDM di Borneo Kustom pada 2018.
“Malam sebelum event ada meet, masa itulah aku kenal ustazah ini.
“Terkejut bila JDM meet ni ada perempuan tudung labuh datang join bawa kereta Skyline R33. Kami semua pelik, ini aneh,” tulisnya menerusi kapsyen pada video.
@shinchanrx7 Motorsport bukan sahaja kereta , Tapi Famili !, TsgXRmg ! #fypシ #fyp #ustazahrare #ustazahr33 #skyline #r33 #galerikereta #nissan #jdm #jdmlife #jdmmalaysia #jdmbrunei #tsgxrmg
Jelasnya ustazah berkenaan merupakan peminat tegar R33 dan memiliki dua buah Skyline. Bahkan keunikan ustazah itu juga menarik perhatian pemilik Hardcore JDM Culture Jepun yang terbang ke Brunei untuk menemubualnya.
Lebih kagum, wanita berkenaan tidak kekok untuk menerangkan komponen yang digunakan pada kereta sport miliknya dan mengetahui lebih terperinci.
@shinchanrx7 Peh level international guys , nak sembang pasal intercooler ke , Turbo ke , Ini ustazah boleh ajar kau 😫 #fypシ #fyp #r33 #skyline #ustazahrare #ustazahr33 #jdm #jdmlife #jdmcarsoftiktok #jdmmalaysia
Sekitar dua tahun lalu, Nabilah pernah ditemubual oleh Galeri Kereta yang mana dia menjelaskan ayah dan adik lelakinya juga memiliki R33.
Dia sememangnya meminati R33 kerana memiliki nilai sentimental peribadi dan kereta tersebut dibeli pada 2017 selepas menjual R33 Series 2 miliknya pada 2014.
@shinchanrx7 Ustazah Jdm Paling Rare Dalam dunia !!, Aku jumpa sendiri masa event dekat brunei . Sampai Owner Hardcore jdm culture pun interview dia #fypシ #fyp #ustazahrare #ustazah #brunei #jdm #r33 #skyline #nissan #gtr
“Warna asal kereta ini adalah kuning, disebabkan saya buta warna saya memilih warna putih,” katanya kepada Galeri Kereta pada 2019.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar