BMW Malaysia membuka pratempahan BMW i4 eDrive40 M Sport selepas dipertontonkan acara NeXTGen Malaysia pada Januari lalu.
Dengan tata atur pacuan roda belakang yang klasik, BMW i4 eDrive40 M Sport menggandingkan reka bentuk progresif dengan aerodinamik, prestasi dinamik dan ciri keselesaan yang lebih mengagumkan.
Motor segerak eksitasi arus dalam jentera ini mampu menjana output maksimum berjumlah 250 kW/340hp dan puncak tork bernilai 430 Nm.
Boleh pandu sejauh 590km
Ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa 5.7 saat. Bukan sahaja menjanjikan pemanduan yang lestari dan bebas karbon, tetapi jarak operasi elektrik yang amat jauh sehingga 590km berdasarkan kitaran WLTP.
Keupayaan pengecasannya juga disempurnakan dengan sistem BMW eDrive generasi kelima yang serasi dengan teknologi pengecasan terkini.
Unit Pengecasan Gabungan (CCU) jentera ini yang bersertakan transformer terintegrasi dengan voltan 4 kW sudah diperbaharui untuk membekalkan kemudahan pengecasan bateri yang benar-benar fleksibel.
Ia boleh disambungkan kepada soket kuasa domestik atau BMW i Wallbox (unit pengecas AC 11 kW yang mampu mengecas penuh kenderaan ini hanya dalam tempoh 8 jam 15 minit).
Pengecas DC hanya 31 minit untuk 80 peratus kuasa bateri
Bagi pengecas pantas DC (unit pengecas DC 200 kW yang mampu mengecas antara 10 hingga 80 peratus hanya dalam tempoh 31 minit).
Sebagai standard, BMW i4 eDrive40 M Sport dilengkapi BMW Live Cockpit Professional, BMW ConnectedDrive Services dan BMW Connected Package Professional I, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, Integrasi Telefon Pintar, 17 pembesar suara oleh Harman Kardon serta pengecasan tanpa wayar.
Ia juga berbekalkan pelbagai sistem keselamatan termasuk Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki, Perlindungan Aktif untuk Pejalan Kaki, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus dan Perlindungan Aktif.
Bayaran bulanan serendah RM4,306
Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i4 eDrive40 M Sport boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM4,306 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) dengan Pakej Waranti & Servis Lanjutan adalah RM 389,800.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar