KTM Malaysia melancarkan motosikal nakednya dengan model KTM 250 Duke baharu yang lebih ringan dan tork yang kuat dalam kelasnya.
Casis
Jentera itu dilengkapi dengan bingkai trellis keluli yang terdiri daripada bingkai utama dan subframe belakang yang boleh tanggal.
Bingkai direka dengan ketegaran untuk memberikan maklum balas dan pengendalian yang hebat.
Ia juga dilengkapi dengan fork hadapan USD WP Apex dan monoshock WP Apex daripada KTM 390 Duke.
Kuasa hentiannya pula diperkuatkan dengan angkup brek hadapan ByBre empat omboh yang mencengkam cakera 320mm, manakala cakera 230mm untuk belakang yang diapit angkup satu pot.
Ia menggunakan tayar Metzeler Sportec M5 bersaiz 110/70-17 untuk depan, manakala belakang adalah 150/60-17.
Enjin
KTM 250 Duke baharu menggunakan enjin 248.76cc, silinder tunggal, DOHC, penyejuk cecair yang memberikan kuasa maksimum 30hp pada 9,000rpm dan 25Nm pada 7,500rpm.
Teknologi dan elektronik
Lampu depan LED penuh baharu dengan Daytime Running Light (DRL), selain padanan panel LCD 100% digital pelbagai fungsi.
Dilengkapi ABS Bosch M9.1 sebagai ciri standard untuk memberikan brek yang yakin dan selamat.
Power Assisted Slipper Clutch (PASC) menyediakan operasi tuil klac satu jari dan anti gelincir roda belakang ketika tukar gear rendah secara secara agresif.
Ergonomik
Tempat duduk baharu yang memberikan posisi tunggangan yang sporty, tetapi memberi keselesaan.
Tangki bahan api 13.4 liter yang memberikan sokongan penunggang yang diperlukan apabila melayan selekoh.
Harga
Untuk memilikinya, KTM Duke 250 ini dijual bermula RM21,500.