Bagi meningkatkan ciri keselamatan lebih baik, Honda Malaysia memperkenalkan varian baharu dalam keluarga City Hatchback iaitu V-Sensing.
Ia menjadikan model City Hatchback enjin petrol pertama dilengkapi Honda SENSING termaju dalam kelasnya selain varian RS e:HEV.
Harga bermula RM91,708
Harganya pula, ia dijual bermula RM91,708 iaitu lebih mahal kira-kira RM3,800 berbanding City Hatchback untuk varian V.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sebelum ini, pihaknya memperkenalkan varian City V-SENSING pada November 2021 dan ia nyata diterima baik.
Menurutnya, pada suku pertama 2022, City V-SENSING mencatatkan 34 peratus kepada jualan keseluruhan City.
“Kini, kami teruja untuk memperkenakan pula varian City Hatchback V-Sensing.
“Kami yakin ia akan memberi nilai tambah kepada pelanggan, pada masa sama meningkatkan penanda aras dalam segmen ini,” katanya.
Honda SENSING
Teknologi Honda SENSING dibangunkan untuk merealisasikan visi mobiliti masyarakat sifar pelanggaran dengan menggunakan kamera sudut luas. Honda SENSING pada City Hatchback V-Sensing memiliki ciri-ciri membabitkan:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Enjin 1.5L DOHC I–VTEC
Varian itu menggunakan enjin 1.5L DOHC i–VTEC dengan menyalurkan 121PS dan tork 145Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT.
Rangkaian kuasa itu menawarka keseimbangan di antara prestasi dan penjimatan bahan api dengan tahap penggunakan bahan api 5.6 liter setiap 100km.
Penampilannya sama dengan varian V yang mempunyai lampu utama, DRL, lampu kabus dan lampu belakang LED, selain padanan rim aloi bersaiz 16 inci.
Ruang kabin pula tampil sporty dengan kemasan kulit hitam bersama jahitan benang kelabu pada tempat duduk. Ia juga dilengkapi meter TFT bersaiz 7 inci pada meter kluster.
ULTRA Seats
Tempat duduk belakang berkonsepkan ULTRA Seats boleh diubah empat mode iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar