Renault Clio hentam Boeing 737

884

Kemalangan yang agak luar biasa berlaku di Lapangan Terbang Alicante, Sepanyol apabila Renault Clio menghentam bawah badan pesawat Boeing 737 milik Ryanair.

Syukur tiada kecederaan atau kerosakan serius yang terlibat. Menerusi ciapan Twitter seorang jurulatih juruterbang dan penyiasat syarikat penerbangan Iván Castro Palacios, insiden itu berlaku pada 12 April.



Berdasarkan kedudukan suspensi seolah Clio putih itu tersepit di bawah kapal terbang selepas bahagian bumbung kereta melanggar bahagian badan pesawat.

Kenderaan itu milik Ground Force dan menurut AirLive pemandu terlupa untuk menggunakan brek tangan semasa meletakkan kenderaan.

Akibatnya, Renault tanpa pemandu bergerak sendiri ke arah pesawat dan mujur tiada penumpang di dalam kokpit ketika perlanggaran.

Walaupun hanya kerosakan kosmetik yang kecil, pesawat tersebut dilaporkan di bawa ke kemudahan penyelenggaraan untuk pemeriksaan lebih terperinci.

Selepas pakar memastikan semuanya selamat, Ryanair Boeing 737-800 memulakan perjalanan setelah lewat 90 minit dari Alicante, Sepanyol ke Manchester, United Kingdom.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here