Seorang pengguna Facebook Helmi Shari berkongsi pengalaman menjejaki kereta miliknya yang dicuri dengan bantuan pihak polis.
Hasil siasatan yang dilakukan, Helmi mendapati pencuri kereta tersebut dipercayai individu sama yang menjual kenderaan itu kepadanya.
Setelah melihat iklan kereta miliknya dijual di Mudah.my di Johor pada 8 April lalu, Helmi memaklumkan maklumat baharu berkenaan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
“Aku memang kenalla kereta kalau aku beli mesti ada penambahan yang aku buat. Kereta kat iklan tu dia cuma tukaq rim, yang paling best aku ada gambar kereta tu masa dia tipu mangsa dekat gombak. Rim tu jugak dia pakai untuk iklan baharu ni,” tulisnya.
Selepas mengetahui pencuri itu berada di Johor, dia memaklumkan kepada pegawai penyiasat yang membuka kertas siasatan untuk memasang perangkap dan meminta bantuan pihak berkuasa melakukan tangkapan.
Awalnya, polis berpangkat sarjan itu menjelaskan akan memaklumkan pihak berkuasa di Johor bagaimanapun selepas solat Jumaat dia mengatakan pegawai dari Gombak dan D4 sudah ke Johor untuk buat tangkapan.
“Keputusan aku turun ke Johor adalah tepat, pada hari plan aku nak tangkap supek ternyata yang dia kata pegawai dari gombak dan D4 tu hanyalah tipu saja.
“Akupun terserempak dgn polis peronda untuk minta bantuan. Depa suruh terus ke IPD berdekatan. IPD yang terdekat masa tu adalah IPD Johor Baharu Selatan (Larkin).
“Dari situ aku sendiri masuk dan sampailah aku ke tempat D4 depa. Aku minta bantuan pegawai dia. Depa setuju bantu aku buat tangkapan. Masa tu memang rasa happy dah.
“Aku set lokasi dengan suspek nak jumpa. Pukul 11 pagi lebih Sabtu (9/4) aku dengan sebiji kereta kami teruskan plan perangkap suspek,” ceritanya.
Perancangan itu berjaya menahan suspek lalu di bawa ke IPD Larkin untuk soal siasat dan selepas itu suspek dibawa keluar untuk menangkap seorang lagi rakannya.
“Sampai IPD Larkin, aku disuruh tunggu di luar sebab depa nak soal siasat. Masa tu aku rasa pelik sepatutnya lepas tangkapan, kena bawa balai polis yang terdekat untuk report tangkapan tapi tiada.
“Aku diminta tunggu kat mana-mana selesai penangkapan depa akan call aku. Pada pukul 2 hingga 3 lebih, depa call aku suruh pi IPD Larkin semula. Lepas sampai, ketua D4 tu bagitau suspek melarikan diri,” tulisnya.
Difahamkan ketika cuba memerangkap seorang lagi suspek, pihak polis membuka gari dan memberikan semula telefon pintar bagi memancing keluar rakannya.
Dipercayai suspek juga membohongi pihak polis model kereta yang digunakan rakannya dan masa kejadian suspek hampir melanggar anggota yang terlibat ketika meloloskan diri.
Helmi membuat laporan ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk tindakan lanjut kerana dipercayai wujudnyaegawai dia dari gombak n d4 dah pi sana utk buat tangkapan. ketidaktelusan.
Untuk mengetahui kisah penuh, anda boleh baca perkongsian di bawah.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar