Sebuah kereta sport Nissan GT-R bernilai peso 6 juta (RM496,070) berdepan situasi mendebarkan apabila ‘terjun’ ke dalam laut ketika acara lumba drag di Cebu, Filipina.
Menurut saksi kejadian, pemandu GT-R berkenaan meninggalkan kereta pada gear neutral (N) dan brek tangan tidak ditarik selepas menghentikan enjin V6 berkenaan.
Keadaan menjadi buruk kerana keadaan parkir yang terletak di lereng ke arah laut tanpa penghadang. Akhirnya GT-R tersebut meluncur masuk ke laut lalu terapung seketika sebelum tenggelam sepenuhnya.
Individu yang berada di tempat kejadian segera membantu menarik Nissan GT-R R35 berkenaan dan berjaya menolaknya hingga ke pantai.
Perkara yang boleh kita pelajari daripada senario tersebut salah satunya ialah walaupun berat, GT-R cukup bertenaga untuk kekal bertahan ‘terapung’ selama beberapa saat.
Selain itu, kita semua perlu berhati-hati dengan persekitaran sebelum meninggalkan kereta. Lebih penting lagi, pastikan brek letak kereta dihidupkan dan gear tidak neutral semasa meletakkan kenderaan.
Ini mungkin kedengaran asas tetapi berpotensi membawa bencana apabila diabaikan, seperti yang kita saksikan pada video di bawah.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar