Sudah pasti menjelang Aidilfitri pelbagai barangan dibeli untuk menambah seri di musim perayaan membalas dendam tahun ini.
Dua tahun penantian meraikan sambutan aidilfitri bersama sanak saudara di kampung bukanlah sesuatu kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Pandemik Covid 19 penghalang suasana perayaan telah beransur hilang dari tanah air kita.
Trend membeli barang secara Online sudah menjadi rutin terkini dalam aspek memudahkan membeli barangan yang dihajati. Ini demi mengelak dari beratur panjang serta mengundang kemunculan kembali varian Covid19.
Pos Malaysia salah satu badan yang berperanan sebagai menghantar barangan ke merata destinasi mengumumkan tarikh akhir pos barang sebelum hari raya.
Berikut adalah tarkh akhir pengeposan barang ke destinasi sekiranya inginkan barangan tersebut sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh 25 April :-
Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur Sabah/Sarawak
Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia
Dalam Malaysia Timur
Tarikh 27 April:-
Dalam Semenanjung Malaysia Sahaja
Barang yang di pos selepas dari tarikh yang disyorkan akan di hantar pada 5 Mei 2022.
J&T
Penghantaran domestik J&T Express Malaysia akan beroperasi seperti biasa pada Hari Raya nanti