Selepas Aidilfitri ini, industri automotif Malaysia boleh dikatakan rancak apabila banyak model baharu yang akan diperkenalkan.
Selain Perodua, Toyoto dan Honda, Proton juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model baharu.
Difahamkan, Proton bakal melancarkan Saga 2022 (Minor Change 2 (MC2) selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Bagaimanapun sebelum majlis pelancaran secara rasmi dilakukan, risalah produk berkenaan dikatakan bocor di laman Facebook Saga R3 Community.
Untuk memudahkan anda mengetahui perubahan yang dilakukan, ini gambarnya disiarkan pada laman media sosial berkenaan:
Sistem kemasukan tanpa kunci
Butang Penghidup Enjin
Unit infotainmen tujuh inci jenis terapung dengan sistem operasi Altas OS
Penyaman udara kawalan iklim
Panel meter kelajuan dari rekaan daripada model Iriz/Persona
5 Pilihan Warna
Kami menjangkakan tiada perubahan pada bahagian mekanikal yang mana Saga akan menggunakan janakuasa 1.3 liter 4-silinder. Ia menghasilkan kuasa 95PS pada 5,750rpm dengan tork setinggi 120Nm pada 4,000rpm.
Saga sedia ada masih lagi ditawarkan dengan versi manual lima kelajuan dan tidak diketahui adakah versi manual ini akan dikekalkan.
Nak tread ini kereta SAGA 2017
Kereta Baru era Baru,kelihatan agak unik Dan cantik dilengkapi dgn system caanggih standing dgn yg jenama keluaran lain,bentuk yg diubahsuai mengikuti selera terkini,harga kena berpatutan supaya ianya mampu milik. SYABAS PROTON!!