PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di lebuh raya pada 29 April hingga 9 Mei 2022.
TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.
Ia direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan dan membantu pelanggan lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin semasa tempoh musim perayaan akan datang, di mana lebih daripada 2 juta kenderaan dijangka melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Aidilfitri Ini
Di samping jadual TTA, pelanggan lebuh raya juga disaran untuk menggunakan kemudahan lain untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik seperti:
- Aplikasi PLUS
- Waze
- Google Map
Motoqar menasihatkan pemandu atau penunggang supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang!