Nismo perkenal kit peredam sport buat Nissan Z (2023)

1317

Nismo baru-baru ini mengumumkan pakej naiktaraf peredam sport buat pemilik Nissan Z (2023). 

Ditawarkan dengan sistem pra-pensijilan peredam, komponen itu akan merendahkan jarak kelegaan tanah minimum sebanyak 5mm dengan satu set aksesori mounting.



Peredam sport Nismo itu sesuai dengan semua kereta Nissan Z (2023) yang berharga pada ¥308,000 (RM10,495). Pesanan dan penghantaran akan bermula pada musim luruh tahun ini iaitu sekitar September.

Peredam sports itu diperbuat daripada keluli kalis karat dengan kemasan logo Nismo pada bahagian tip ekzos.

Jelas Nismo, komponen itu mampu menghasilkan not ekzos yang ‘lebih ringan dan selesa’ dari pemanduan normal hinggalah pemanduan kelajuan tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here