Nampak serupa tapi tidak sama, sekali pandang Honda Sonic 150R mirip Suzuki Raider. Andai jentera ini berada di pasaran tempatan pasti peminat dua roda pening membuat pilihan.
Khabarnya Honda Sonic 150R cukup kental di pasaran Indonesia dan mampu bertahan hingga kini. Versi 2019 ini masih mengekalkan identitinya serta tiada sebarang kemas kini dilakukan.
Seperti kita ketahui Suzuki Raider R 150Fi dilancarkan Mac lalu di Malaysia dan sambutan yang diterima oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) di luar jangkaan.
Apa nasib Suzuki Raider R 150Fi seandainya model Honda Sonic 150R dibawa masuk ke Malaysia?.
Pastinya pemikiran pengguna akan haru biru untuk membuat pemilihan. Perkara yang bakal dilihat pengguna tentunya tawaran spesifikasi, harga dan servis selepas pasaran.
Agak mustahil Boon Siew Honda (BSH) untuk membawa masuk Honda Sonic 150R kerana pengedar rasmi motor Honda itu sudah memiliki dua model yang hangat dipasaran.
Honda RS150R dan Honda RS-X terbukti menjadi senjata utama (BSH) dalam persaingan moped 150cc.
Mungkin peminat dua roda di Malaysia menyedari wujudnya Honda Sonic 150R di negara jiran.
Namun tiada sebarang desas-desus kedengaran meminta BSH membawa masuk model berkenaan ke negara kita. Jadi jelas pengaruh Suzuki Raider R 150Fi cukup menebal dalam kalangan peminat moped.
Perbandingan paling utama adalah kelajuan. Suzuki Raider R 150Fi mempunyai tahap kelajuan yang tinggi jika di bandingkan dengan Honda Sonic 150R.
Bukan setakat itu sahaja, Honda Sonic 150R pastinya susah untuk menawan hati peminat moped di negara kita dari segi reka bentuk.
Ini kerana moped keluaran Honda cukup sinonim dengan penggayaan fairing serta gaya tersendiri.
Pemilik serta peminat Honda pastinya akan memberi komen negatif sekaligus tular di media sosial berkaitan berita yang tidak enak tentang Honda Sonic 150R sekiranya dilancarkan nanti.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar