PROTON melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan. Penandatanganan itu, yang diadakan secara maya, akan memulakan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) yang akan bakal dijual pada bulan September.
Penghantaran pertama akan diketuai oleh Proton X50 dan Proton X70 dan ini akan diikuti dengan Proton Saga, yang kembali ke negara itu selepas jualan berakhir pada tahun 2012.
PROTON yakin dengan prospek jualannya di Afrika Selatan. Syarikat meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini, dan menyasarkan lebih daripada dua kali ganda volumnya pada tahun 2023.
Untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport meningkat sebanyak 175% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Jualan dijangka bertambah kerana syarikat bersasaran untuk meningkatkan eksport lebih daripada 300 peratus pada akhir tahun ini.
Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu, berkata matlamat jangka panjang PROTON memerlukan eksport memainkan peranan utama untuk mengembangkan jualan keseluruhan syarikat kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.
“Justeru itu, kami mengeksploitasi kekuatan produk baharu kami, jenama kami dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu.
“Ini kemudiannya diperkukuhkan dengan mewujudkan operasi KD di mana- mana yang berpotensi, yang juga dapat membantu mengembangkan ekonomi tempatan,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar