Bugatti Chiron merupakan salah satu kenderaan paling mahal di dunia yang dijual pada harga bermula dari AS3.3 juta (RM14 juta).
Namun, percaya atau tidak sebenarnya ada jam tangan yang nilainya lebih mahal berbanding hypercar tersebut.
Jam tangan tersebut bukanlah versi vintaj melainkan model baharu. Ini tujuh jam tangan yang lebih mahal harganya berbanding Bugatti Chiron.
1. Louis Monet Meteoris: AS4.6 juta (RM20 juta)
Model koleksi jam tangan ini dilancarkan pada 2010 dengan dua pilihan rekaan yang berbeza.
Apa yang menjadikannya mahal walaupun tampil sederhana adalah padanan sekeping meteorit yang berbeza dan salah satu daripadanya mempunyai sekeping batu bulan sebenar di dalamnya.
2. Jacob & Co. The Billionaire: AS18 juta (RM78)
Pembeli jam tangan ini tentunya kaya raya bagaimanapun tidak mudah mendapatkan model ini melainkan anda memiliki ‘repo’ yang baik.
Diperbuat daripada berlian 260 karat, jam tangan tersebut mempunyai dail rangka yang mana pemilik boleh melihat pergerakan jarum tersebut. Salah seorang pemiliknya adalah bekas peninju Amerika, Floyd Mayweather Jr.
3. Patek Philippe Henry Graves Supercomplication: AS24 juta (RM105 juta)
Jam poket yang dihasilkan oleh Patek Philippe ini sebagai memperingati pengumpul jam jenama tersebut, Henry Grave.
Jam tersebut dinamakan sebagai Henry Graves Supercomplication kerana memiliki 24 komplikasi.
Dalam jargon jam tangan, komplikasi jam tangan mewakili fungsi lain selain daripada paparan masa.
Bagaimanapun model ini memiliki fungsi lain seperti kalendar kekal, waktu matahari terbit dan terbenam, dan juga carta cakerawala. Jam itu dijual pada harga RM105 juta pada majlis lelongan (2014).
4. 201-carat Chopard: AS25 juta (RM109 juta)
Chopard 201 Karat merangkumi berlian merah jambu 15k, berlian biru 12k, berlian putih 11k, dan sejumlah besar berlian putih dan kuning yang lebih kecil untuk gabungan 163 karat.
Hasilnya, seperti yang anda boleh bayangkan gabungan 201 karat secara keseluruhan seperti mana namanya.
5. Jaeger LeCoultre Joaillerie 101 Manchette: AS26 juta (RM114 juta)
Tidak seperti jam tangan lain dalam senarai, item sangat mahal ini dibuat oleh syarikat yang membuat jam tangan secara khusus dan tidak ada yang lain: Jaeger-LeCoultre atau JLC sebagaimana kebanyakan orang memanggilnya.
Joaillerie 101 Manchette dihasilkan untuk Ratu Elizabeth II bagi meraikan jubli ulang tahun ke-60 memerintah England yang dilengkapi dengan 576 berlian.
Malah, muka jam tangan tangan hampir tidak dapat dilihat kerana ditutupi dengan berlian.
6. Graff Diamonds Fascination: AS40 juta (RM175 juta)
Ini ialah ‘Diamonds Fascination’, jam tangan yang dibuat oleh syarikat di Monaco bernama Graff.
Ia menampilkan 152.96 karat berlian putih Graff dan menariknya cincin berlian 38.13 karat berbentuk pir itu boleh ditanggalkan untuk boleh melihat muka jam.
7. Graff Diamonds Hallucination: AS55 juta (RM241 juta)
Jam tangan kuarza ini direka oleh Graff. Di dalamnya terdapat kepingan kuarza dan terdapat gelang platinum tetapi anda tidak dapat melihatnya.
Ini kerana keseluruhan jam tangan itu diliputi kira-kira 100 berlian dalam pelbagai warna dan bentuk dengan jumlah keseluruhan 110 karat.
Dilancarkan pada 2014, harga jualan jam tersebut adalaj RM241 juta walaupun mempunyai kepingan berlian yang lebih sedikit daripada adik lelakinya, Fascination.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar