Proton berdepan isu bekalan cip, jualan turun 32.2% April lalu

1043

Suku kedua tahun ini bermula mencabar bagi pengeluar kereta nasional PROTON.

Walaupun berusaha sesungguhnya untuk memulihkan kekurangan dalam pengeluaran daripada tiga bulan pertama 2022, April terbukti sebagai satu lagi bulan yang mencabar kerana isu bekalan cip terus mengehadkan bilangan unit yang dijual. 

Jualan pada April mencatat 8,839 unit (domestik + eksport), penurunan sebanyak 32.2% berbanding bulan Mac dan kurang 41.1% berbanding bulan yang sama pada tahun 2021.



Pegangan pasaran bagi bulan itu dianggarkan pada 15.6%, manakala pegangan pasaran tahun hingga kini (YTD) sebanyak 17%. Secara keseluruhan, PROTON masih menduduki tempat kedua dengan jualan terkumpul dan pegangan pasaran.

Walaupun jualan dan pegangan pasaran mengalami penurunan secara keseluruhan, model Proton masih menerajui tiga segmen di pasaran.

Proton X50, Proton X70 dan Proton Exora kekal berada di kedudukan teratas dalam segmen B-SUV, C-SUV dan C-MPV dengan jualan sebanyak 1,554 unit, 1,530 unit dan 301 unit masing- masing.

Proton Saga Model Terlaris

Bagaimanapun, model terlaris pada April ialah Proton Saga dengan 4,579 unit yang menyumbang kepada jumlah YTD sebanyak 14,028 unit dalam bulan terakhir jualannya sebelum pelancaran Proton Saga 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pasaran automotif Malaysia menunjukkan potensi pertumbuhan kukuh pada 2022, ia terbukti dengan senarai menunggu yang panjang untuk penghantaran kereta baharu. 

“PROTON dengan sedaya upaya memenuhi permintaan pasaran, tetapi kami juga mesti mengakui yang kami paling terjejas oleh isu bekalan cip. 

“Kami bersyukur kerana kami telah memperoleh bekalan cip untuk bulan Mei dan Jun dan mengunjurkan pemulihan yang pantas dalam beberapa bulan yang akan datang,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here