Sempena ulang tahun ke-18 tahun, pengacara Datuk AC Mizal memberikan anak bujangnya, Muhammad Reeve Damien sebuah Mercedes-Benz C300 berwarna Spectral Blue.
Menerusi video pendek di akaun Instagram AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini itu berkongsi momen kejutan pemberian sedan mewah berkenaan bersama isteri, Emylia Rosnaida dan anak perempuan mereka.
View this post on Instagram
“Untuk anak kami @reevedamien, Damien membuat setiap tahun lebih cerah dan terus menerangi hidup kami dengan senyuman dan hati budi yang baik. Terima kasih kerana menjadi anak yang hebat. Daddy bangga dengan awak,” tulisnya.
Mercedes-Benz C300 AMG Line tersebut merupakan model import (CBU) yang dijual pada harga bermula RM330,681 (tanpa insurans).
Sedan mewah berkenaan dijana oleh enjin 2.0 liter dengan kuasa 255hp dan tork 400Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi 9G-Tronic automatik. Pecutan dari 0-100kmj dicapai dalam tempoh 6 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.
Mercedes C300 yang dilengkapi dengan kerusi sport kemasan kulit Nappa itu didatangkan dengan ciri standard misalnya kerusi depan berkuasa elektrik, Keyless-Go dan penghidup, kawalan suhu automatik Thermatic, pengecas tanpa wayar dan panel sill sisi iluminasi.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar