Sumber: 3 varian Perodua Alza (2022), enjin 1.5L (CVT) dan kamera 360

10578

Buat masa ini, pesaing sedia ada dalam pasaran MPV kompak ‘tepu’ dengan rekaan yang kurang memberangsangkan.

Justeru itu, kemunculan Mitsubishi Xpander menjadikan MPV itu laku keras dan mengisi kekosongan tersebut walaupun segmen berkenaan semakin mengecil kerana pengguna mula beralih arah kepada SUV.



Buat masa ini, pengguna masih menunggu kehadiran Perodua Alza serba baharu. Difahamkan MPV dengan kod nama D27A itu akan dilancarkan suku ketiga tahun ini sebelum UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Veloz. 

TIGA VARIAN

Difahamkan, kedua-dua MPV itu sudah memasuki barisan pengeluaran Perodua yang mana UMW Toyota Motor menggunakan nama Veloz menggantikan Avanza.  

Hasil risikan Motoqar dengan sumber yang boleh dipercayai, Alza didatangkan dengan tiga pilihan varian seperti mana model Perodua yang lain iaitu bermula dengan X, H dan AV.

Ini dikukuhkan lagi apabila seorang pengguna Facebook berkongsi informasi di dalam grup Perodua Alza (2022) tentang pembukaan tempahan MPV berkenaan menerusi tiga varian X, H dan AV.

“Anggaran OTR RMR69k, booking fee RM100 refundable, launching Jun 2022,” tulisnya.

ENJIN 1.5L

Sebagai bayangan, penampilan Perodua Alza lebih mirip Daihatsu Xenia.

Selain itu, sumber menjelaskan Alza bakal menggunakan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT. Sementara, Indonesia masih menawarkan transmisi manual 5-kelajuan bersama pilihan CVT pada Xenia.

Kemungkinan MPV tersebut menggunakan enjin daripada Avanza 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 106PS @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.

Manakala dari segi rekaan luaran, sumber menyatakan penampilan Alza lebih mirip dengan reka bentuk Daihatsu Xenia manakala bentangan papan pemuka tidak jauh berbeza dengan Perodua Ativa.

Bentangan kabin Ativa

Tambahnya versi AV didatangkan dengan kamera 360. Namun, adakah Perodua akan menawarkan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto?. Tidak dapat dipastikan, tetapi kamera 360 sudah menyokong ketersambungan dua aplikasi tersebut. 

Di samping itu, rekaan meter dan stereng juga sama seperti yang ditawarkan pada Ativa cuma varian tertinggi didatangkan dengan ciri LED penuh manakala dua varian lagi didatangkan dengan meter jarum. 

Susun atur kokpit Daihatsu Xenia

Sementara itu, seperti mana model Toyota yang lain difahamkan Veloz pasaran Malaysia ditawarkan dengan ciri pengecas tanpa wayar serta pencahayaan iluminasi pada pintu dan papan pemuka yang tiada pada Alza baharu. 

Menurut sumber, Toyota Veloz memiliki ciri peralatan dan aksesori tambahan berbanding Alza. Tetapi tentunya harga Veloz di Malaysia bakal sedikit lebih mahal. 

HARGA

Imej lakaran Perodua Alza baharu berdasarkan model konsep DN Mutisix oleh Theophilus Chin

Jika benar Perodua Alza dijual pada harga mula RM69,000, harga jualan mengalami peningkatan yang mana harga lama MPV tersebut dijual RM51,490 hingga RM62,690 (tanpa pengecualian SST). 

Alza baharu pacuan roda depan akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti Ativa dan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di Indonesia.

Sebagai perbandingan dimensi Avanza baharu memiliki panjang (4,395mm), lebar (1,730mm), tinggi (1700mm) dan jarak roda (2,750mm) dan difahamkan Alza baharu akan lebih besar berbanding model lamanya, walaupun jarak roda kekal 2,750mm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here