Lelongan termahal dalam talian, LaFerrari Aperta dijual pada harga RM23 juta

8722

Supercar Ferrari LaFerrari Aperta menjadi kereta termahal yang dijual menerusi lelongan dalam talian pada harga AS5.36 juta (RM23 juta).

Seramai 33 individu membida model berkenaan menerusi laman web Bring A Trailer. LaFerrari Aperta dengan rekod perbatuan 259km itu merupakan model 2017. Ia hanya dikeluarkan sebanyak 210 unit yang mana sembilan daripadanya merupakan model Ferrari 70th Anniversary.



Supercar dengan warna badan merah Rosso Corsa itu lebih ‘rare’ kerana bukan sembarang individu boleh membelinya. Hanya pembeli yang mendapat jemputan daripada Ferrari boleh meminang model berkenaan.

Untuk layak membeli model tersebut, pembeli merupakan pemilik model edisi istimewa Ferrari seperti F40, F50, Enzo atau 288 GTO.

Supercar tersebut merupakan model ‘hardcore’ buat peminat yang menginginkan enjin pertengahan 6.3 liter V12 berkuasa 950hp dan tork 900Nm bersama transmisi dual klac 7-kelajuan.

Model yang didedahkan pada Pameran Motor Geneva (2013) itu didatangkan dengan kerusi bucket kemasan kulit hitam Alcantara dengan aksen warna merah. Bahagian papan pemuka, panel pintu, sill dan konsol tengah menggunakan material gentian karbon.

Rim aloi 5-jejari dipadankan dengan tayar Pirelli P Zero bersaiz 265/30-ZR19 (depan) dan 345/30-ZR20 (belakang).

LaFerrari menggunakan suspensi double-wishbone di depan dan multi link di belakang bersama kaliper brek Brembo berwarna merah bersaiz 398mm (depan) dan 380mm (belakang). 

Supercar yang didaftarkan di Ohio itu kali terakhir diselenggara oleh Ferrari Atlanta pada Mac lalu dan bahagian palam pencucuh baharu diganti pada November 2021. Untuk makluman harga asal model tersebut adalah AS1.5 juta (RM6.6 juta). 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here