Aprilia SR GT 200 – Tawar dua varian, enjin 174cc salur 17hp, jual bermula RM19,900

1604

Bagi peminat skuter, Aprilia SR GT 200 akhirnya tiba di Malaysia untuk memberi lebih pilihan kepada jentera dua roda dalam segmen itu bagi jenama Itali.

Pada March lalu, Motoqar sudah pun menyiarkan satu artikel berhubung jentera itu selepas laman media sosial Facebook Moto Guzzi & Aprilia Penang membuka tempahan untuk model Aprilia SR GT 200. “Urban Urban Adventure Scooter. 

Aprilia SR GT 200 buka untuk tempahan, Harga bermula RM20K dan dijangka berada di pasaran Mei ini



Ia dikatakan bakal bersaing dengan model skuter adventure Jepun iaitu Honda ADV150, WMoto Xtreme 150i dan SYM Husky ADV.

Jentera itu mula diperkenalkan secara global di EICMA 2021. Aprilia SR GT adalah skuter kompak yang direka untuk menyuntik semula keseronokan dalam tunggangan harian, tetapi juga sesuai untuk pengembaraan hasil daripada ciri yang diinspirasikan daripada dunia enduro.

Dengan SR GT, posisi menunggang yang agresif dan ‘handlebar’ yang lebar meningkatkan tahap kawalan lebih baik manakala suspensi yang panjang dan jarak kelegaan tanah yang tinggi memastikan segala halangan mudah diatasi. 

Ia menggunakan tayar ‘all terrain’ yang membolehkan penunggang untuk bergerak atas permukaan rata dan berbatu. 

Aprilia SR GT digerakan enjin i-Get yang lengkap dengan sistem Start & Stop dan menawarkan kelengkapan komprehensif antaranya lampu LED, paparan digital LCD dan sistem keterhubungan Aprilia MIA (optional). 

Aprilia SR GT 200 didatangkan dengan dua varian; Standard (RM19,900) dan Sport (RM20,900). Pilihan warna untuk standard ditawarkan dengan hitam, biru dan kelabu, manakala Street Gold, Red Raceway dan Iridium Grey.

Spesifikasi

Enjin: Silinder tunggal, i-get dengan sistem Start&Stop

Kapasiti enjin: 174cc

Kuasa maksimum: 17hp pada 8,500rpm

Tork maksimum: 16.5Nm pada 7,000rpm

Tangki bahan api: 9 liter

Rim/Tayar depan: Tubless 110/80 – 14 inci

Rim/Tayar belakang: Tubless 130,70 – 13 inci

Aprilia SR GT

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here