Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dikecam gara-gara meluahkan rasa kecewa selepas insiden tayar Proton Iriz Active miliknya pecah selepas dua bulan digunakan.
Pengguna akauan @afiqah.azmi itu menjelaskan model hatchback itu diterima Mac lalu, bagaimanapun jelasnya kemarahan tersebut bukanlah kerana komponen tersebut pecah secara tiba-tiba tetapi disebabkan sikap bahagian servis yang tiada jalan penyelesaian.
“I yang bawa, i yang tahu. Besides, proton sendiri dah buat inspections on this tyre, they will call their vendor, masalahnya…hq Proton suruh i ke hulu-hilir, masalah tak settle settle. I beli kereta brand tu, so that brand kena responsible la. Tak gitu?.
“Baru dua bulan kereta ni. Oh and, Proton sendiri cakap ada kes macam ni pernah jadi dekat kereta Saga. Cuma jarang berlaku. Mungkin nasib i tak baik.
“Marah sebab banyak bagi arahan, tapi no solution? So chill ya rakyat Malaysia yang sangat berpengetahuan,” jelasnya di ruangan komen.
@afiqah.azmi Alhamdulillah masih selamat. But I’m very disappointed with our protonmalaysia!! 👎🏻👎🏻👎🏻 Do you mind explain this situation?? @protonmalaysia #fyp #viraltiktok
Tambahnya, dia tidak melanggar sebarang objek malah tiada paku atau benda tajam ditemui, sekali gus membuatkan Afiqah mempersoalkan kualiti Proton. Dia juga geram ditolak seperti bola.
Video pendek itu mendapat tontonan melebihi 1 juta. Selain mendapat kecaman, ada dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan perkongsian wanita tersebut dan berkongsi masalah antaranya:
“Saya memahami kak, saya pon pakai Proton.”
“Kadang2 geram dengan Proton ni barang depa tapi depa tak tau punca masalah dan masalah tak setel-setel, macam saya problem aircond Proton Saga pergi ke SC berkali-kali dah.”
“I feel you sis, I pon pakai Proton jugak sebulan tunggu nak dapat spare parts.”
“Saya empat bulan tunggu clip seatbelt. Makin lama makin teruk Proton ni.”
Selain itu, ada warganet yang mempertikaikan tindakan wanita itu kerana tayar dibekalkan oleh vendor. Ada juga berpendapat, masalah itu berpunca daripada kesalahan pemandu tersebut yang gagal memeriksa kondisi tayar dan angin serta lain-lain.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar