Bukit Aman gempur perlumbaan drag

939

Aktiviti kumpulan kereta dalam perlumbaan drag dengan bunyi ekzos bising di Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan dikejutkan dengan serbuan polis pada awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman pada jam 1 pagi itu mengesan sembilan buah kereta yang melakukan perlumbaan ujian kelajuan.

Menurutnya, aksi bersaing sesama sendiri dengan deruan enjin itu dilakukan beberapa pusingan hingga membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.



“Kesemua pemandu berusia 19 hingga 39 tahun telah ditahan untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sembilan buah kereta jenis Proton Satria, Proton Saga, Proton Wira, Perodua Myvi, Honda CR-Z dan Honda Civic telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan dan sitaan kenderaan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Katanya, serbuan itu dijalankan berikutan aduan awam yang diterima pihaknya pada 15 Mei lalu berkenaan kumpulan terbabit yang berlumba, ekzos bising selain memainkan muzik yang kuat hingga mengganggu penduduk sekitar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here