Pukul sebab belok mengejut!

1441

Tindakan agresif seorang penunggang motosikal memukul lelaki warga emas di Padang Jawa semalam disebabkan berang selepas mangsa membelok kereta secara mengejut di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, Shah Alam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan dilakukan pihaknya selepas suspek ditangkap mendapati kerana tidak berpuas hati kerana mangsa membelok secara tiba-tiba sehingga menyebabkan suspek memarahinya.



“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya. 

Pihaknya mendapat perintah reman dari Mahkamah Shah Alam selama empat hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 23 tahun itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Semalam tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang penunggang motosikal memukul warga emas yang memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pada jam 12 tengah hari.

Ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here