Gaya klasik teknologi moden – Royal Enfield Classic dan Meteor 350, harga bermula RM23,500

1822

Royal Enfield membuka kedai eksklusif Flagship pertamanya di negara ini yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Kedai eksklusif Flagship Royal Enfield itu dikendalikan oleh DIDI Automotive Sdn Bhd dengan kini sejumlah 146 unit yang Sudah dibuka di rantau Asia Pasifik.

Selain pembukaan kedai eksklusif Flagship, dua model baharu turut dilancarkan membabitkan Royal Enfield Classis 350 dan Royal Enfield Meteor 350.



Royal Enfield Classis 350

Jentera ini adalah motosikal penampilan klasik yang digabungkan dengan inspirasi moden. Ia juga dinaik taraf untuk memberi tunggangan yang lebih baik dan lancar.

Ia dijana dengan enjin 349cc silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara yang menyalurkan 20.2bhp pada 61500rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi lima kelajuan pula menjanjikan penukaran gear yang mudah, selain untuk mengurangkan getaran ia kini dipasang dengan shaft pengimbang.

Harganya pula, ia dijual bermula RM23,500 yang ditawarkan tiga varian dengan tujuh pilihan warna.

Royal Enfield Meteor 350

Berbeza pula dengan Meteor 350 ini, ia adalah motosikal segmen cruiser yang sesuai bagi mereka suka untuk tunggangan jauh dan Santai.

Jentera itu dibangunkan pasukan reka bentuk serta jurutera di pusat teknikal Royal Enfield di Chennai, Tamil Nadu dan Bruntingthorpe, United Kingdom.

Ia menggunakan enjin yang sama dengan Classic 350 iaitu 349cc silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara berkuasa 20.2bhp dan tork 27Nm. Meteor 350  turut menggunakan transmisi manual lima kelajuan.

Biarpun bentuk sedikit berbeza, ia turut menggunakan shaft pengimbang untuk mengurangkan getaran. Ia dijual bermula RM24,300.

Sistem Brek ByBRE

Kedua-dua model itu menggunakan sistem brek ABS dua saluran yang terdiri daripada brek cakera bersaiz 300mm di depan dan 270mm di belakang jenama ByBRE.

Ia adalah satu sistem brek jenama premium iaitu singkatan daripada “By Brembo” yang ditugaskan untuk kuasa hentian bagi motosikal kapasiti kecil atau medium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here