#TahukahAnda: 5 sebab pesawat elak terbang atas Lautan Pasifik

22486

Kebanyakan syarikat penerbangan komersial menghindari melalui Lautan Pasifik kerana ada laluan jalan udara yang lebih selamat dan pendek. 

Lautan Pasifik juga agak terpencil dan kurang selamat berbanding Lautan Hindi dan Atlantik bahkan risiko pesawat terhempas lebih tinggi. 



Kebanyakan syarikat penerbangan yang beroperasi antara Asia Timur dan Amerika memilih tidak terbang melintasi Lautan Pasifik kerana kos dan keselamatan, termasuk cuaca bergelora yang merbahaya.

Itu bukanlah satu-satunya alasan terdapat juga faktor lain, ini 5 sebab pesawat komersial mengelak lalu di atas lautan Pasifik.

1. JARAK

Pesawat menggunakan laluan ‘lengkung’ agar jarak perjalanan lebih pendek. Laluan ‘lengkung’ di atas darat biasanya lebih pendek berbanding laluan lurus di atas lautan.

Konsep laluan ‘lengkung’ agak sukar untuk difahami pada peta rata kerana bentuk bumi yang mengelirukan bagi peta dua dimensi.

Bayangkan anda terbang dari Madrid ke New York. Seperti imej di bawah, garis lurus menunjukkan penerbangan ke New York (kebetulan menjejaki garisan latitud 40°). Garis melengkung bahagian atas menunjukkan laluan yang biasa digunakan pesawat.

Pada peta dua dimensi garis lurus kelihatan seperti jarak yang pendek bagaimanapun perlu ingat bentuk bumi adalah sfera yang menjadikan pengiraan jarak terpendek sedikit lebih rumit.

Di bawah ini garisan sama dilukis menggunakan imej glob. Apabila anda mengambilkira bentuk bumi, garisan lurus sebelumnya (bahagian bawah) yang kelihatan pendek nampak lebih panjang atas peta glob.

Peta dua dimensi apabila menggunakan tiga dimensi akan ‘memutarbelitkan’ imej sesuatu jarak. Jadi untuk mengira jarak terpendek antara dua titik bumi, bulatan besar digunakan.

2. KOS DAN MASA

Laluan ‘lengkung’ juga membantu mengurangkan kos operasi penerbangan, sekali gus mengurangkan harga tiket dan memastikan perjalanan udara lebih berpatutan.

Memilih untuk tidak terbang melintasi Lautan Pasifik menjimatkan bahan api dan masa. Dari sudut pandangan praktikal, wajar bagi semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Asia Timur dan Amerika untuk tidak terbang melintasi Lautan Pasifik.

3. KESELAMATAN

Secara amnya, pesawat tidak selamat untuk terbang di atas Lautan Pasifik kerana laut terbesar itu bukan tempat yang selamat untuk pendaratan kecemasan.

Peluang pasukan penyelamat menjejaki dan menyelamatkan penumpang serta kru yang terhempas di Lautan Pasifik sangat tipis. 

Oleh itu, kebanyakan syarikat penerbangan memilih terbang di atas darat kerana lebih selamat untuk mendarat di atas tanah yang kukuh, seeloknya berhampiran lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan kecemasan.

4. PATEN CUACA

Kebanyakan penerbangan dirancang untuk meminimumkan masa yang dihabiskan di atas  air kerana ribut kemungkinan lebih banyak berlaku di atas air (laut) berbanding darat.  

Cuaca di Lautan Pasifik sering bergelora dan terdapat banyak ribut petir, jadi bukanlah persekitaran yang selamat untuk menerbangkan pesawat.

Laluan darat dari Kanada dan Alaska dipilih kebanyakan penerbangan dari Amerika ke Asia Timur kerana cuaca yang lebih tenang.

5. ARUS JET

Satu lagi sebab mengapa kapal terbang tidak terbang di atas Lautan Pasifik disebabkan oleh arus jet.

Apa yang dimaksudkan dengan arus jet?, ia ditakrifkan sebagai arus udara yang bergerak pantas biasanya beberapa ribu kilometer panjang dan lebar. Aliran jet terbentuk apabila jisim udara panas bertemu dengan jisim udara sejuk di atmosfera.

Matahari tidak memanaskan seluruh Bumi secara sama rata. Itulah sebabnya kawasan berhampiran khatulistiwa panas dan kawasan berhampiran kutub sejuk.

Oleh itu, apabila jisim udara panas bumi bertemu dengan jisim udara yang sejuk, udara panas naik lebih tinggi di atmosfera manakala udara sejuk tenggelam ke bawah untuk menggantikan udara panas. Pergerakan ini menghasilkan arus udara atau angin di tengahnya. 

Terbang ke arah yang sama dengan arus jet boleh menjimatkan masa dan bahan api kerana pesawat mendapat rangsangan daripada kelajuan angin. Jadi kapal terbang dari barat ke timur secara amnya boleh membuat perjalanan lebih pantas daripada pesawat yang melalui laluan sama dari timur ke barat.

Tetapi terbang berlawanan daripada arus jet boleh menyebabkan pergolakan berbahaya dan potensi kerosakan pada pesawat. Laluan Polar Jet Stream merentasi daratan Kanada dan Alaska merupakan laluan sama yang diambil oleh kebanyakan penerbangan di wilayah itu.

Arus jet adalah penting kerana ia menyumbang kepada corak cuaca di seluruh dunia dan  membantu ahli meteorologi meramal cuaca. Tetapi arus jet juga sukar diramalkan. Laluan angin itu boleh berubah, membawa ribut ke arah yang tidak dijangka. 

PENGECUALIAN TERBANG 

Bagaimanapun ada pengecualian bagi penerbangan transpasifik iaitu pesawat yang terbang merentasi Lautan Pasifik dari Asia atau Australia ke Amerika atau sebaliknya.

Penerbangan rentas pasifik tidaklah sebiasa penerbangan transatlantik, tetapi penerbangan rentas pasifik tersedia secara komersial sejak 1930-an.

Boeing 747 adalah salah satu pesawat utama yang digunakan dalam penerbangan transpasifik kerana kapasiti penumpang yang besar dan kecekapan bahan api yang membolehkan ia terbang secara berterusan di atas Lautan Pasifik.

Pesawat seperti Airbus A320, Boeing 737, dan Boeing 787 juga semakin banyak digunakan untuk penerbangan transpasifik. Kebanyakan pesawat ini terbang ke destinasi seperti Hawaii, New Zealand dan Australia.

NEGARA BERDEKATAN LAUTAN PASIFIK

Sudah tentu, apabila terbang dari atau ke negara dan wilayah yang terletak di Lautan Pasifik seperti New Zealand, Fiji, Kepulauan Solomon, Tonga, Vanuatu dan lain-lain tidak dapat mengelak daripada melalui lautan Pasifik.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk terbang di atas Lautan Pasifik?. Masa yang diperlukan sebahagian besarnya bergantung pada pesawat, lokasi berlepas, destinasi, keadaan cuaca dan kecekapan bahan api.

Sebagai andaian pesawat Boeing 747 terbang dari Los Angeles ke Tokyo akan mengambil masa sekurang-kurangnya 11 hingga 12 jam secara purata.

Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama jika keadaan cuaca buruk, atau jika destinasi dan lokasi berlepas lebih jauh. 

Pesawat lebih kecil akan mengambil masa yang lama untuk menyeberangi Lautan Pasifik kerana perlu mengisi minyak seperti Hawaii yang terletak di utara Lautan Pasifik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here