Van kargo elektrik pertama di Malaysia: DFSK EC35 – 200km, 80hp/200Nm, Harga bermula RM130K

1727

Bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan komersial lebih lestari, QC Fleet Management Sdn Bhd secara rasmi menawarkan van elektrik DFKS EC35 untuk pasaran Malaysia. 

Van yang pernah menjadi kenderaan logistik elektrik terlaris di China pada 2021 itu, hanya ditawarkan satu varian sahaja untuk pasaran tempatan.

Selain Malaysia, van itu sudah pun memasuki pasaran Jerman, Perancis, Itali, Singapura dan beberapa negara lain.



Ia boleh dipandu sejauh 200km di kawasan bandar (275 km mengikut data NEDC) dengan kapasiti pek baterinya 38.7kWh berjenis Litium Ion Phosphate. Bateri itu mempunyai jangka hayat antara tujuh hingga lapan tahun.

Sekali cas boleh pandu sehingga 200km

DFSK EC35 didatangkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 80hp dan tork setinggi 200 Nm, yang membolehkan kelajuan maksimum 100 km/j.

Bagi sistem pengecasnya pula, hanya 35 minit untuk mengecas bateri dalam kapasiti 20 hingga 80 peratus dengan pengecasan pantas DC. Bagi pengecasan AC 6 kW mengambil masa sehingga enam jam.

EC35 memberi penjimatan dengan pengurangan 33 peratus untuk penyelenggaran tahunan dan kos harian pengisian bahan api jimat sehingga 78 peratus.

Dimensinya pula, EC35 memiliki panjang sepanjang 4,500 mm, lebar (1,680 mm0 dan tinggi (2,000 mm). Jarak rodanya pula sepanjang (3,050 mm), manakala jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 190 mm. 

Ciri keselamatanya, EC35 memiliki beg udara, ABS, EBD, sensor undur dengan paparan jarak dan amaran akustik, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan sistem lampu utama automatik. 

DFSK EC35 boleh didapati dalam versi dua dan lima tempat duduk yang masing-masing menawarkan ruang kargo sebesar 4,800 liter serta 3,100 liter. Muatan boleh diisi sehingga 1,090kg. Bagi memudahkan memunggah barangan ke dalam ruang kargo, ia memiliki pintu sisi gelungsor.

Setiap EC35 dilindungi dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 km untuk trenkuasa.

Harga jualan DFSK EC35 bermula dari RM130,000, dan boleh juga didapati menerusi opsyen pajakan untuk tempoh tiga hingga lima tahun. 

Kenderaan itu bakal dipasang oleh Go Auto di Gurun, Kedah dan van itu menjadikan lima model DFSK dipasang di Malaysia.

Galeri

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here