Utama Berita Automotif Menteri: Motosikal 150cc wajib pasang ABS

Menteri: Motosikal 150cc wajib pasang ABS

1439
Kerajaan bakal mewajibkan pemasangan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) bagi motosikal model baharu 150cc ke atas.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata langkah penguatkuasaan mewajibkan pemasangan ABS kepada semua syarikat pengeluar motosikal.
 
Bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kajian terperinci yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
 
Tambahnya, kerajaan memberi tempoh enam bulan kepada Miros untuk menjalankan kajian berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan penuh dilaksanakan dalam jangka masa dua tahun selepas tempoh kajian itu selesai.
 
Kajian akan turut melibatkan semua pemegang taruh termasuk industri pembuat motosikal dan wakil pengguna.
 
Katanya, melalui kajian yang dilakukan Miros terhadap teknologi ABS setakat ini, dilihat mampu mengurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal.
 
 
“Ini bermaksud kita ada tempoh transisi ynag kita boleh benarkan. Mana-mana pembuat atau pengilang yang sudah bersiap siaga tidak ada masalah, boleh teruskan.
 
“Kalau mereka yang masih ada masalah, dia boleh gunakan tempoh diberikan untuk melakukan. Kita akan lihat keberkesanan apabila dipasang pada mereka penunggang motosikal lebih 150cc seterusnya kita akan melihat ke bawah, macam mana,” katanya.
 
Kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan sekali gus tidak akan memberi beban kepada mana-mana pihak khususnya syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here