Toyota Vios baharu bakal debut Ogos depan?

9268

Toyota Vios generasi pertama melakukan debut di Malaysia pada 2002. Model sedia ada di pasaran kini merupakan versi kemas kini daripada generasi ketiga yang dijual pada 2020.

Awal bulan ini Magazine Headlight Thailand berkongsi imej intip Vios akan datang yang dibaluti dengan kamouflaj. Artikel berkenaan merujuk imej intip tersebut sebagai Yaris sedan yang bakal menggunakan platform DNGA seperti Raize, Avanza dan Veloz.

Model konsep Daihatsu DN-F Sedan

Walaupun tidak dapat melihat reka bentuk Vios baharu tersebut namun ramai menjangkakan sedan itu bakal menggunakan penggayaan daripada model konsep  Daihatsu DN-F Sedan (2017).



Media Filipina berkongsi lakaran imej bayangan Toyota Vios facelift dengan rekaan sporty seperti model GR. Dari segi penampilan, mereka membayangkan imej depan mirip dengan Avanza namun dikecilkan untuk disesuaikan dengan lampu depan.

Gril hitam depan lebih besar dan lampu kabus didatangkan dengan perumah hitam berbentuk tujuh yang kelihatan seperti kit Gazoo Racing. Di bahagian belakang, imej bayangan itu menggunakan lampu nipis yang ditarik sepanjang pintu but.

Daripada segi janakuasa, media Thailand meramalkan sedan itu bakal menggunakan enjin 1.2 liter NA dengan kuasa 90hp dan tork 109Nm atau sistem hibrid enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang digunakan pada model Prius C. 

Sementara, pasaran Malaysia kemungkinan mendapat enjin sama seperti Avanza 1.5 liter Dual VVT-i Enjin yang dilengkapi dengan kotak gear D-CVT. 

Generasi baharu Vios dikhabarkan akan debut pada Ogos tahun ini di Thailand. Sekiranya penampilan sedan itu menampilkan penggayaan sporty bakal menarik minat golongan muda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here