[Video] Nak bawa Odell Becham bersiar, Hamilton malu besar bateri Pagani Zonda kong!

1010

Kisah ini berlaku sebelum pandemik pada 2019 yang mana pemain rugbi Amerika, Odell Becham Jr mengunjungi Lewis Hamilton di Monaco.

Pada kesempatan tersebut, Hamilton membawa Becham bersiar sekitar litar Formula Satu (F1) di Monaco menggunakan kereta kompak elektrik.



Video yang dikongsi di akaun Youtube Hamilton itu menunjukkan mereka berbual tentang sukan masing-masing sambil Hamilton menunjukkan selekoh laluan trek dan kelajuan yang dibawanya ketika perlumbaan. 

Hamilton juga berkongsi kisah tentang pihak yang meragui perpindahannya ke Mercedes, dan mereka memenangi lima kejuaraan dan berada di ambang keenam (ketika itu).

Walaupun begitu, Mercedes melanjutkan kejayaan mereka dan memenangi lapan gelaran berturut-turut dan Hamilton memainkan peranan penting dalam kesemuanya.

Selepas lawatan dengan kereta elektrik, Hamilton memutuskan untuk mengeluarkan hypercar miliknya Pagani Zonda.

Apabila Hamilton mengeluarkan kereta dan menghidupkan enjin, sayangnya penonton tidak dapat melihat dengan lebih dekat pelumba F1 itu ‘melenjan’ hypercar tersebut. 

Ini kerana kenderaan itu tidak dapat dihidupkan dipercayai kerana bateri kong dan video tamat begitu saja. Kami tidak tahu apa yang Beckham fikirkan mengenainya. Tetapi Hamilton tidak terlalu berahsia tentang kesilapan itu dan berkongsi di Twitter dua tahun lalu.

 

Bagaimanpun, Pagani Zonda yang sebelum ini pernah berada di garaj Hamilton itu sudah dijual baru-baru ini pada harga £8.5 juta (RM46 juta). Sebelum ini Hamilton membeli kenderaan tersebut £1.6 juta (RM8.8 juta) pada 2016. 

Sebelum ini, Hamilton sering mengutuk pengendalian hypercar berwarna ungu miliknya itu walaupun menghasilkan bunyi yang bagus daripada enjin Mercedes V12. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here