“Minta warna pic dah siap jadi merah jambu, sekali lampu signal dan antena dia cat…”

22461

Seorang pengguna Facebook berkongsi rasa geram dan tidak puas hati apabila warna baharu yang diinginkan pada Proton Waja miliknya tidak seperti yang diminta.

Pengguna akaun Facebook MA Bunga atau Mohamad Afiq berkongsi keretanya dihantar ke sebuah bengkel semburan cat di Taman Mount AustinJohor.



“Hantar cat kereta dekat bengkel ni. Tarik masa sampai empat bulan dari awal bulan 1 sampai dah raya baru siap. Service teruk sangat-sangat. Bila dapat kereta hasil sangat teruk. Habis semuanya dicat pink. Semoga tenangla ownerla kedai tu. Dimurahkan rezekinya selalu dengan hasil kerjanya,” tulisnya pada kapsyen gambar.

Jelasnya di ruangan komen, Afiq meminta warna pic (kuning merah jambu) untuk Proton Waja berkenaan bagaimanapun hasil akhir yang diterimanya adalah warna merah jambu.

Lebih mencuit hati, pihak bengkel bukan sekadar menyembur cat pada bahagian badan bahkan fender, signal, antena, gril dan getah sekeliling cermin turut dicat dengan warna merah jambu. 

“Nak support melayu tp hasilnya mcm ni la. Tak memuaskan.

“Sepatutnya peach, but jadi pink. RM1.9k je sebab cat luar sahaja. Tapi itula..” tulisnya menjawab soalan netizen.

Hantaran itu mendapat 157 perkongsian dan menjadi tular. Susulan itu, pihak bengkel memberi penjelasan menerusi akaun Facebook mereka.

“Terima kasih sebab dah viralkan saya punya kedai. Kepada yang komen dan kondem, ini penjelasan dari pihak saya. Korang semua boleh tengok keadaan kereta sebelum dicat.
 
“Proses makan masa sebab nak kena scraper cat lama. Harga RM1,900 yang dijanjikan pada mulanya saya memang caj untuk luar sahaja. Tetapi sebabkan sayapun dah lambat, saya nego harga dengan dia, bagi RM1500 sahaja dan saya cat dalam juga ye.
 
“Saya cat dalam memang as a freegift untuk customer saya. Tetapi benda dah jadi macam ni, colour peach masuk super crystal. Kalau abang abang tukang cat, rasa berbaloi ke harga tu?, dengan simen yang banyak habis untuk dapatkan body macam tu,” tulisnya.
 
Tambah pihak bengkel, Waja tersebut disiapkan sebelum raya namun pemilik meminta pihaknya mengemaskini cat tersebut. 
 
Susulan hantaran itu, Afiq turut berkongsi isi perbualan Whatsapp dengan pihak bengkel yang dilampirkan pada ruangan komen.
 
Jelasnya, pihak bengkel mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan kereta tersebut yang dihantar pada Januari 2022. 
 

“Belah pintu semua kasar dan ini ayah saya minta dia betulkan belah pintu. Tetapi dia buat tempat lain sekali sebab dia tahu hasilnya macam mana. Pada 14 Mei kereta baru siap sebab masa 10 Mei dalam bonetpun dia tidak cat.

“Saya bolehje bayar tapi dia sendiri yang bagi kurang RM250 then janji lepas raya ke lima dah siap. Tapi tak siap then jadi la harga RM1,500. Bukan saya demand ya. Ni penjelasan dari pihak saya. Pihak sana tetap cakap saya yang salah nak hasil yang mantap macam RM3k apala,” tulisnya. 

Bagaimana pendapat anda?…

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here