Bugatti ‘tipu’ output Chiron Super Sport…ujian dyno dedah kuasa sebenar!

13839

Bugatti tertangkap berbohong, tetapi dengan cara yang baik. Sebelum membatalkan pesanan Chiron Super Sport, mungkin anda perlu tahu output sebenar janakuasa W16 tersebut tidak sama dengan yang diiklankan. 

Ini yang berlaku bagi hypercar Perancis berkenaan namun kuasa yang dihasilkan sebenarnya bukanlah rendah. Menerusi ujian dyno, enjin 8.0 liter dengan empat pengecas turbo tersebut ditolak hingga maksimum mencapai output 1,618.6 PS.



Dalam erti kata lain hypercar itu menghasilkan kuasa 1,595.8hp yang digenapkan kepada 1,596hp. Sementara spesifikasi rasmi yang disediakan Bugatti menjelaskan Chiron Super Sport menghasilkan kuasa 1,577hp.

Jadi, hasil ujian dyno menunjukkan enjin 16 silinder tersebut menghasilkan kuasa tambahan 19hp melebihi dakwaan pengeluar. Hypercar dengan kuasa yang besar itu mampu memecut hingga 338kmj yang merupakan had laju sederhana apabila anda menganggap Super Sport dikawal secara elektronik pada 440kmj.

Jika anda ingin tahu angka tork, nombor itu juga melebihi angka rasmi yang disediakan oleh Bugatti iaitu 1,600Nm. Bagaimanapun, ujian dyno menunjukkan enjin menjana tork 1,665Nm, jadi tambahan 65Nm daripada penarafan OEM.

Ketika dilancarkan Jun tahun lalu, Chiron Super Sport memiliki tambahan kuasa 100hp berbanding Chiron standard dan berat badan dikurangkan sebanyak 23kg. Pecutan dari 0-200kmj mampu dicapai dalam tempoh 5.8 saat 

Bugatti melakukan modifikasi pada pengecas turbo, pam minyak dan kepala silinder untuk mendapatkan kuasa tambahan berkenaan. Bahkan had rev juga ditingkatkan 300rpm hingga 7,000rpm untuk mendapatkan pecutan lebih baik. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here