Michael Jordan restorasi jet peribadi tema Air Jordan 3…

1767

Michael Jordan merupakan royalti dalam mahupun luar gelanggang bahkan gaya hidupnya yang mewah adalah hasil sebagai pemain bola keranjang.

Selain itu, sudah 38 tahun mantan atlet lagenda itu bekerjasama dengan jenama Nike mengeluarkan produk Air Jordan.



Sebagai pemain terbaik NBA sepanjang zaman, Jordan memperoleh kurang daripada AS100 juta (RM437.9 juta) tetapi itu tidak menghalangnya menjadi bilionair dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak AS2.2 bilion (RM9.6 bilion).

Sejak Jordan bersara 15 tahun lalu, beliau membina kerjaya paling berjaya dan menguntungkan pernah dilihat sebagai bekas atlet.

Selain rumah agam Jordan juga memiliki beberapa aset mewah misalnya tiga buah kapal layar, koleksi jam tangan mahal dan barisan kereta mewah antaranya Lamborghini, Ferrari, Bugatti Veyron, Ford GT dan Porsche Carrera GT.

Pemilik pasukan Charlotte Hornets itu juga memiliki sebuah jet peribadi Gulfstream dengan nombor N236MJ. Dua digit (23) mewakili nombor jersi yang digunakan oleh Jordan manakala nombor 6 pula ada gelaran kemenangan dan MJ adalah singkatan nama beliau.

Sementara, pada bahagian sayap atas anda boleh melihat siluet ‘dunking’ pemain bola keranjang iaitu logo rasmi NBA.

Sebelum ini jet peribadi berkenaan dicat dengan warna biru Carolina bagaimanapun Jordan melakukan restorasi baharu yang membolehkan peminat mengecam dengan mudah pesawat tersebut.

Jet peribadi bernilai AS62 juta (RM271.5 juta) itu menjalani restorasi pada 2017 dengan cetakan gajah berwarna kelabu, putih dan hitam seperti rekaan peralatan jenama Air Jordan 3. Selepas pengubahsuaian selama bertahun kemungkinan nilai pesawat itu meningkat. 

Gulfstream G550 itu diubahsuai dengan ruangan bar, stesen cigar dan set hiburan yang merupakan kemewahan udara buat Jordan. 

Secara teknikal jet peribadi berkenaan mampu membawa 16 penumpang dan tambahan empat anak kapal. Bahkan, pesawat itu mampu menempuh jarak sehingga 12 jam tanpa henti.

Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 51,000 kaki dan membawa muatan sekitar 2,721kg dengan kelajuan 1,050 kmj. Pesawat persendirian itu menggunakan enjin Rolls-Royce berkaliber tinggi dan mempunyai permit muatan jarak jauh dengan penggunaan bahan api yang rendah. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here