Gara-gara juruterbang tak respons 10 minit, jet pejuang hampir pintas Airbus A330….

13927

Kejadian berlaku ketika pesawat ITA Airways AZ609 dari New York menuju ke Rom.

Juruterbang tidak bertindakbalas terhadap pusat kawalan trafik udara lebih daripada 10 minit ketika melintasi ruang udara Perancis sehingga mencetuskan amaran pengganas.



Data penerbangan menunjukkan pesawat tidak menyimpang dari laluan sebenar atau menukar altitud semasa tempoh terputus hubungan itu.

Walaupun tiada isu bahaya sepanjang autopilot dilaksanakan, sebarang tempoh lanjutan tanpa pemantauan tidak boleh dianggap selamat.

Oleh kerana tiada maklum balas daripada juruterbang menyebabkan pihak berkuasa Perancis memberi amaran kepada Itali tentang kemungkinan insiden keganasan.

Ketika pesawat itu berlepas dari  kawalan trafik udara Bordeaux ke Marseille, pengawal yang ditempatkan di Marseille berulang kali cuba menghubungi pesawat namun tiada respons.

Pihak berkuasa udara Perancis menghubungi rakan sejawat dari Itali pada jam 5:21 pagi (waktu lokal) yang kemudian menghubungi komando pusat ITA Airways.

Pusat ITA Airways cuba menghubungi juruterbang secara langsung melalui telefon bimbit satelit dan kemudian ACARS. Namun, tidak berjawab. Pihak bertanggungjawab terpaksa mengarahkan jet pejuang mengiringi A330.

“Pesawat ketika itu dalam sistem autopilot, terbang pada kelajuan dan ketinggian normal serta tidak pernah melencong dari laluan. Keselamatan penumpang tidak pernah diperjudikan,” kata jurucakap ITA Airways. 

Selepas percubaan terdesak untuk berkomunikasi dengan pesawat itu gagal, kedua-dua juruterbang akhirnya bertindak balas sekitar 10 minit kemudian dan arahan pengiring jet pejuang tidak diperlukan lagi.

Pesawat Airbus itu meneruskan perjalanan ke Rom lalu mendaratkan pesawat tanpa sebarang insiden.

Ketika kejadian 1 Mei itu pembantu juruterang Airbus A330 itu mengambil rehat yang dibenarkan iaitu amalan biasa dalam penerbangan jarak jauh.

Jadi hanya kapten mengemudi pesawat tetapi dia didapati tertidur ketika dalam mod autopilot. Kapten tersebut dipecat bagaimanapun juruterbang yang tidak dinamakan itu menafikan perkara tersebut sebaliknya menyalahkan sistem komunikasi yang rosak.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati informasi juruterbang yang tidak konsisten kerana juruteknik tidak menemui sebarang kerosakan selepas menjalani ujian pada sistem pesawat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here