Bukannya setiap hari anda boleh menemui sekumpulan konvoi McLaren F1 dihimpunkan dalam sebuah feri. Pemandangan ‘rare’ ini dikongsi seorang Youtuber TheTFJJ ketika menyeberangi Tasik Garda, Itali.
Kumpul besar McLaren itu disatukan ketika lawatan memandu Itali bahkan ada yang datang dari Hong Kong.
Majoriti konvoi itu melibatkan kenderaan McLaren F1 yang sah digunakan di jalan raya namun terdapat beberapa unit yang jarang dijumpai termasuklah F1 GTR. Bahkan dalam video yang dikongsi itu anda boleh melihat versi F1 GTR Longtail.
Secara keseluruhan nilai kereta yang ada dalam feri itu dianggarkan AS200 juta (RM877 juta). Lebih menyeronokkan apabila anda melihat pemilik memandu keluar supercar tersebut.
Sebagai makluman hanya terdapat 106 unit McLaren F1 dikeluarkan seluruh dunia dan 28 buah F1 GTR. Harga seunit model tersebut dianggarkan sekitar AS15 juta (RM66 juta).
Ketika McLaren F1 diperkenalkan pada 1992, model itu merupakan kereta jalanan terpantas dunia dengan kelajuan maksimum 386.4kmj. Rekod itu bertahan selama 13 tahun sebelum dirampas oleh Bugatti Veyron pada 2005 dengan rekod pecutan 407kmj.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar