Menang saman fitnah, ini kisah Johny Depp restorasi Ford Mustang 1968 Amber Heard..

58142
Selepas enam minggu perbicaraan pelakon Hollywood, Johnny Depp, 58, memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36.
 

Ketika mereka menjadi pasangan suami isteri Johny Depp menamakan semula kapal layar miliknya ‘Vajoliroja’ yang merupakan gabungan nama Depp dan anak Lily Rose serta Jack.

KAPAL LAYAR

Depp kemudian menamakan semula kapal layar itu kepada ‘Amphitrite’ sempena Amber. Tetapi, Depp menjual kapal layar tersebut pada 2015 kepada J.K. Rowling pada harga AS27 juta (RM118.6 juta).



Terkini kapal layar itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan Amerika (AS) dan menamakannya Arriva. 

Tahukah anda sepanjang tempoh perbicaraan itu, netizen mencari semula jejak digital  antaranya ketika Depp melakukan ‘prank’ terhadap Amber dalam program Overhaulin.

Pasangan itu berkongsi minat yang sama terhadap kereta vintaj, Depp khususnya mempunyai koleksi automotif yang mengagumkan daripada Chevrolet Corvette 1959 hingga Ferrari 488 Spider.

RESTORASI BERSAMA OVERHAULIN

Dalam rancangan itu Depp meminta bantuan pasukan Overhaulin melakukan restorasi kereta Ford Mustang 1968 milik Amber pada penghujung 2015 iaitu setahun sebelum mereka berpisah. 

Amber membeli kereta itu ketika kariernya sedang meningkat naik di Los Angeles (LA) sekitar 2003 dan menggambarkan Ford Mustang itu sebagai ‘sampah yang cantik’.

Dalam video itu, Amber menjelaskan Ford Mustang itu menggunakan setiap sen yang dimiliki dan membebankan kewangannya selama lapan tahun pertama dia tinggal di LA. 

Kos penyelenggaraan Mustang itu juga bertambah kerana menjadi sasaran pencuri sebanyak tiga kali sepanjang 12 tahun pemilikan.

“Setiap kali dicuri saya akan menaik taraf sistem keselamatan,” kata aktres itu kepada hos rancangan bual bicara Jimmy Kimmel sebelum ini. 

“Setiap kali hilang saya akan menemuinya pernah sekali mengambil masa enam bulan untuk mendapatnya. Mereka menghancurkan kereta itu cukup baik pada kali terakhir,” katanya.

WARNA MERAH CERI

Amber menggelar yang Mustang miliknya sebagai ‘Cherry Thunder’ itu bukanlah satu-satunya kereta muscle yang dimilikinya. 

“Mustang 68 saya adalah kegemaran saya. Saya suka kereta yang mempunyai karakter, dan saya mempunyai beberapa daripadanya, termasuk ’63 Checker dan ’67 Mercedes,” ungkapnya.

Tujuh tahun lalu Depp menghabiskan sekitar AS150,000 (RM658,950) bagi proses restorasi berkenaan. Ford Mustang 1968 dengan warna asal perak itu disembur cat warna merah ceri yang kemudian dipadankan dengan kabin berwarna putih.

Pemilihan kombinasi warna itu mengembalikan penampilan vintaj kereta muscle tersebut bahkan sebahagian daripada restorasi Overhaulin menggunakan motor Mustang 5.0 (2014) iaitu komponen sama yang digunakan pada trak Ford F150.

Jelas sekali, motor ini boleh menjana tenaga bertenaga, enjin 5.0 liter V8 boleh kuasakan Mustang daripada 0-100kmj dalam tempoh 4.7 saat, jadi mungkin Mustang Amber boleh melakukan hal yang sama. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amber Heard (@amberheard)

Model 1968 itu didatangkan dengan ciri tambahan misalnya radio stereo AM/FM, cermin belakang penyahkabus dan rekaan brek cakera depan baharu. Namun begitu, status Ford Mustang 1968 milik Amber itu tidak diketahui.

Hantaran di Instagram mantan Depp itu seolah memberi petanda bakal berpisah dengan model retro itu yang dikongsi pada November 2021.

“Missing my ride or die,” tulisnya pada kapsyen pada foto dirinya di sebalik stereng.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here