Mat salleh tunjuk jalan Peru lagi OK dari Malaysia, suruh pihak berkuasa baiki jalan berlubang!

1122
Baru-baru ini tular sebuah video rider mat salleh yang menghentam keadaan jalan di Malaysia dengan membuat perbandingan di Peru sebuah negara miskin.
 
Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan dua orang rider yang berhenti di sebuah jalan di Peru.
@landobrotherhood

Santau Kelos bandingkan jalan Peru ngan Malaysia!Wa plenning bawak santau kelos ride kat sandakanKalau setuju tekan share(Tengok stiker kat moto ngan helmet ms88 dia)#BROTHERHOODWORLDWIDE#FOROURFALLENBROTHERS

♬ original sound – user7617680737514 – Lando Zawawi

 
“Kami berada sekitar Peru, kami sudah menunggang bersama rider Ireland, Ecuador, Amerika, Venezuela berkongsi semua tentang brotherhood, apa yang berlaku.
 
“Kami menunggang sekitar jalan yang cantik di Peru (lihat ini), membuatkan anda terfikir Peru sebuah negara miskin yang ramai tidak datang melancong dan menjaga rakyat mereka.
 
“Dan pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat mereka sendiri dengan baiki jalan berlubang..ini serius baiki jalan berlubang anda, selamatkan rakyat anda!,” katanya. 
 
Mat salleh berkenaan mempertikaikan tanggungjawab pihak berkuasa yang tidak menjaga dengan baik jalan yang digunakan rakyat sedangkan Peru jalan yang jarang digunakan dijaga dengan bagus.
 
 
Video yang dikongsi akaun TikTok @landobrotherhood itu mendapat lebih daripada 80,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen.
 
Bahkan Lando juga menerusi kapsyen video dalam nada sarkastik memberitahu merancang untuk membawa mat salleh tersebut menunggang ke Sandakan.
 
“Bawa je bang. Bawa keliling Sabah. Baru dia nampak jalan menuju bahagia, jangan alang-alang kat Sandakan saja, KK, Sipitang senang cerita seluruh Sabah.”
 
“Kementerian dan pihak berwajib sepatutnya buktikan jabatan mereka kekal releven sebenarnya. Baik swastakan 100 peratus biar mereka kebulur asyik makan gaji buta.”
 

“Banyk faktor juga kene ambilkira selain Salah tadbir, negara kita ni cuaca panas dan lembab, selalu hujan, lori balak banyak..itu pon kene ambik kira.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here