Hyperjet ski terpantas dunia, Supermarine MM01 bakal menjengah pasaran dua tahun lagi

973

Supermarine MM01 merupakan jet ski terpantas dan termahal dunia buatan syarikat Perancis, Boubet Marine.

Hyperjet elektrik penuh itu dijual pada tanda harga AS900,000 (RM4 juta) yang diinspirasikan daripada hypercar dan supercar eksotik. Jet ski tersebut lebih menyerlah berbanding model sedia ada dengan kombinasi rekaan sporty dan prestasi agresif. 



Dikeluarkan sebanyak 30 unit yang mana 15 berwarna putih dan selebihnya hitam, MM01 memiliki kuasa 300hp dan tork 450Nm yang didatangkan daripada motor elektrik yang dipasangkan dengan bateri litium ion.

Jet ski itu boleh digunakan selama dua jam dengan sekali cas dan syarikat mendakwa mendakwa bateri menggunakan penyejukan cecair gred Formula E. Badan jet ski menggunakan gentian karbon ringan.

Kelajuan maksimum mampu dicapai 120kmj dan bakal menjengah pasaran pada 2024. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here