Maserati Grecale buka untuk tempahan, tawar tiga varian GT, Modena dan Trofeo

1676

Naza Italia membuka tempahan bagi rangkaian SUV serba baharu jenama Itali menerusi Maserati Grecale untuk pasaran tempatan. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan enjin membabitkan varian Grecale GT, Grecale Modena dan Grecale Trofeo.

Jentera itu adalah adalah SUV kedua Maserati selepas Levante dengan dimensi lebih kecil dengan panjang 4,846 mm, lebar (1,948 mm), tinggi  (1,670 mm) dan jarak roda mencecah 2,901 mm.

Nama diambil sempena angin Mediterranean timur laut

Grecale dibangunkan di Makmal Inovasi Maserati di Modena dan dihasilkan di kilang Cassino, Itali.  Ia mengambil nama daripada angin Mediterranean timur laut.



Reka bentuknya adalah simbol visual baharu Maserati dengan bahagian hadapan mempunyai gril yang rendah yang turut menerima kemasan gentian karbon.

Di bahagian belakang, ia dilengkapi lampu belakang bumerang yang iilhamkan daripada model Giugiaro 3200 GT, membuatkan lebih menarik seperti kereta sport. Di bampar bawah, ia dilengkapi diffuser gentian karbon dengan ekzos berkembar di kedua-dua sisi.

Ruang kabinnya terutama pada papan pemuka tampak kemas dan minimalis, selain dipadankan dengan jam digital buat kali pertama bagi model Maserati. 

Sistem audio Sonus Faber 

Sistem infortaimen bersaiz 12.3 inci, manakala pada bahagian bawahnya pula memiliki skrin 8.8-inci yang mana kedua-duanya dipautkan kepada Maserati Intelligent Assistant (MIA), iaitu sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS dari Google.

Penumpang belakang juga dilengkapi skrin sentuh sendiri pada hujung konsol tengah untuk kawalan penyaman udara. 

Bagi memberi bunyi yang terbaik, Maserati menjalani kerjsama dengan Sonus Faber untuk membangunkan sistem bunyi 3D dengan tawaran 14 (standard) atau 21 (High Premium) pembesar suara.

Pilihan enjin

Grecale GT – Dikuasakan enjin empat silinder turbocas hibrid berkapasiti 2.0 liter yang menjana 300PS dengan tork mencecah 450Nm. Pecutan 0-100km/j hanya 5.6 saat.

Grecale Modena – Ia menggunakan enjin hibrid yang sama dengan Grecale GT, tetapi kuasanya lebih tinggi iaitu 330 PS dengan pecutan 0-100km/j hanya 5.3 saat. 

Grecale Trofeo – Dijana enjin Nettuno 3.0 liter turbo berkembar V6 dari MC20 dengan teknologi Maserati Twin Combustion (MTC) daripada F1. Ia mampu output 530PS dengan tork setinggi 620Nm. Pecutan 0-100km/j adalah 3.8 saat.

Kini boleh ditempah

Buat masa ini, tiada pengumuman harga yang dibuat oleh Naza Italia. Bagaimanapun, mereka yang berminat boleh menempahnya di pusat Maserati di Petaling Jaya, Selangor.

Maserati Grecale Trofeo yang anda lihat ini akan meneruskan jelajahnya ke negara Asean yang lain, di mana lokasi seterusnya adalah Singapura.

Galeri gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here