Dua varian Harley-Davidson Low Rider untuk pasaran Malaysia, harga bermula RM115,900

1209

D

ua model baharu Harley-Davidson Low Rider ditawarkan untuk pasaran Malaysia menerusi varian S dan Low Rider ST 2022.

Low Rider S yang dijual bermula RM115,900 adalah sebuah cruiser, manakala touring bagi Low Rider ST berharga RM125,900. Pada masa sama, Low Rider ST dilengkapi fairing besar serta beg barangan belakang jenis keras yang boleh dicabut. 



Enjin v-twin Milwaukee Eight 117 

Kedua-dua model itu dijanakan v-twin Milwaukee Eight 117 berkapasiti 1,923 cc yang menyalurkan output 105hp dengan tork maksimum 168 Nm. 

Jentera itu dipadankan transmisi enam kelajuan manual dan gegerannya sedikit berkurang selepas penggunaan counter-balance shaft. Berat keseluruhan Low Rider S adalah 308 kg, manakala ST mencatat 327 kg.

Suspensi hadapan sekadar menggunakan fork 43 mm untuk memegang rim 19 inci, manakala 16 inci dibelakang diikat pada monoshock dengan pelaras pra beban hidraulik. Kedua-dua rim itu dibaluti tayar Michelin Scorcher 31.

Sistem hentiannya dipadankan cakera berkembar serta angkup empat piston di hadapan, dan cakera tunggal dengan angkup dua piston di belakang, bersama sistem ABS dua saluran.

Posisi hendal kedua-dua motosikal itu sedikit berbeza apabila Low Rider S lebih rendah sementara Low Rider ST lebih tinggi. Pada masa sama, ia dipadankan panel meter yang lebih ringkas dan dilengkapi dengan slot pengecasan USB.

Sementara itu, Harley-Davidson Malaysia turut menawarkan aksesori untuk model Low Rider ST iaitu sistem audio Rockford Fosgate yang boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth.

Galeri

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here