Akibat enggan beri laluan, penunggang dan pemandu bergaduh di jalan raya sesak

1296

Akibat enggan memberi laluan, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta bertindak luar kawalan apabila bertumbuk atas jalan raya.

Aksi pergaduhan itu dirakam pengguna jalan raya lain ketika melalui Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1, Shah Alam, Selangor, pada Isnin Lalu, kira-kira jam 7.15 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek berumur 29 tahun yang memandu Naza Ria enggan mengetepikan keretanya.



“Ia menyebabkan motosikal pengadu yang berumur 31 tahun dan penunggang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Justeru itu, berlakunya pertengkaran mulut disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat covering report sahaja.

Katanya, pengadu juga sudah tarik balik laporan polis yang dibuatnya sebelum ini, dan dinasihatkan supaya orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here