
Honda berkongsi video teaser prototaip Civic Type R melakukan pusingan di litar Nürburgring sebelum debut perdananya pada musim panas nanti.
Honda Civic Type R (2023) yang ditutupi kamouflaj itu memecahkan rekod pusingan pacuan roda depan di Litar Suzuka yang membuktikan generasi baharu ini bakal laju berbanding model sedia ada.
Hot hatch prestasi itu masih lagi memakai kamouflaj tema merah yang menyembunyikan kit badan agresif bersama spoiler lebih besar dan tiga paip ekzos.
Honda masih belum mendedahkan janakuasa Civic Type R, namun dikatakan model itu bakal lebih berkuasa berbanding sebelumnya. Model sedia ada dijana oleh enjin 2.0-liter VTEC turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 306hp dan tork 400Nm.
Penghantaran kuasa ke roda depan bakal disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Model pra pengeluaran ini berjaya merangkul kembali kereta pacuan depan terpantas dengan masa 2 minit 23.120 saat di Litar Suzuka.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar