Seorang isteri berkongsi kisah inspirasi apabila suaminya yang nekad berhenti merokok bukan saja untuk mendapatkan kesihatan lebih baik bahkan wang yang dikumpul mampu membeli sebuah motosikal.
Kisah itu dikongsi Dita Sari Wootekh menerusi akaun Facebooknya yang seakan tidak percaya melalui wang yang dikumpul hasil berhenti merokok sebanyak Rp20,000 (RM6) setiap hari mampu mendapatkan sebuah motor baharu.
Suaminya memutuskan berhenti merokok bermula November 2015. Kemudian wang tersebut disimpan dalam tabung walaupun awalnya dia berasa ragu-ragu dengan keputusan suaminya itu.
Dengan komitmen tersebut dia menggunakan akuarium anak untuk dijadikan tabung dengan tulisan “Power of 20 ribu”.
Dia juga berkongsi kebiasaaan suaminya mampu menghabiskan tiga hingga empat bungkus rokok.
Selepas setahun lima bulan, pasangan tersebut terkejut dengan wang yang terkumpul bahkan boleh membeli sebuah motor baharu. Namun pasangan berkenaan enggan berkongsi model yang dibeli hasil wang terkumpul itu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar