Mazda MX-30 kini boleh ditempah – Kenderaan elektrik yang dijual kurang RM200K!

1222

Bermaz Motor akhirnya melancarkan kenderaan crossover elektrik pertamanya di Malaysia menerusi Mazda MX-30.

Pada pasaran global, MX-30 mula diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo 2019, selain pernah memenangi Red Dot Design 2020.

Kenderaan elektrik itu kini boleh ditempah dan harga jualannya bermula RM198,780.



Siapa yang bakal beli MX-30

Sasaran pelanggan yang bakal memiliki jentera itu adalah golongan muda, berkeluarga dan warga tua. 

Reka bentuk MX-30 adalah berdasarkan terma sebagai “Manusia Moden” dan pembangunan kaedah ekspresi baharu bagi rekaan Kodo – Soul of Motion. 

Pintunya seolah-olah mengambil dari inspirasi Mazda CX-8 yang memudahkan penumpang lebih mudah ke tempat duduk hadapan dan belakang.

Material bahan mesra alam

Bahagian dalamannya memberi suasana lebih luas dengan konsol terapungnya dan pengenalan bahan mesra alam seperti kulit vegan dan gabus, selain menyediakan ruang penyimpanan kreatif.

Dimensinya pula, ia memiliki panjang (4,395mm); lebar (1,795mm); tinggi (1,555mm) dengan jarak roda (2,655mm).

Untuk pengecas DC, ia memerlukan 36 minit untuk kapasiti bateri dari 0-80 peratus, manakala lima jam untuk penuh dengan pengecas AC menerusi penggunaan Wallbox atau 12 jam menggunakan plug biasa di rumah.

Bagi pasaran global, crossover itu ditawarkan dengan empat pilihan warna badan iaitu Machine Gray Metallic, Polymetal Gray Multi-Tone, Ceramic Metallic Multi-Tone dan Soul Red Crystal Multi-Tone.

Ciri Keselamatan

Mazda MX-30 ini dilengkapi dengan ciri i-Activsense Advanced Safety Technology yang merangkumi Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lalu Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Laluan (LDWS), Amaran Tumpuan Pemanduan  (DAA) dengan Pemantauan Pemandu, Sistem Bantuan Kekal Laluan (LAS) datang sebagai standard.

Ini perincian lain yang anda perlu tahu tentang MX-30:

  • Ia menggunakan motor elektrik dengan bateri 35 kWh kapasiti lithium-ion.
  • Menyalurkan kuasa 107kW persamaan 143hp
  • Tork maskimum mencecah 271Nm
  • Sekali cas penuh, ia boleh dipandu 199km

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here