Perodua berkongsi lagi teaser baharu Perodua Alza (2022) yang bakal lancar tidak lama lagi.
Menerusi video pendek 15 saat itu menunjukkan beberapa elemen MPV serba baharu berkenaan yang menampilkan kluster lampu depan dan belakang yang mirip dengan Daihatsu Xenia.
Lampu depan itu merupakan unit Lampu Tinggi Adaptif LED yang ditawarkan standard pada varian atas 1.5 AV. Sementara di bahagian atas lampu utama itu terdapat satu garis lampu LED.
Versi Alza didatangkan dengan jalur krom di tengah but belakang di atas bahagian nombor plat jika diperhatikan dengan terperinci.
Selain itu, gril Alza juga tampil berbeza tidak seperti Xenia yang dipadankan dengan motif bentuk L kecil yang digabungkan dengan kamera depan.
Pada video itu, Perodua turut berkongsi rekaan rim Alza bagaimanapun tidak diketahui saiz diameter yang ditawarkan. Untuk makluman saiz rim terbesar tersedia bagi Toyota Avanza dan Xenia di Indonesia adalah 16-inci.
Alza ditawarkan dengan enjin EEV 1.5 liter VVT-i bersama transmisi D-CVT pada harga antara RM62,000 dan RM75,000 (tanpa insurans dan cukai jualan).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar