Porsche 911 dirembat pencuri, Keanu Reeves tak boleh ‘move on’ cari model sama…..

2300

Keanu Reeves sukakan kelajuan. Pelakon Hollywood itu mampu memiliki barisan armada kereta sport mahupun supercar jika dia mahu mengambilkira nilai kekayaannya AS1.7 bilion (RM6.9 bilion).

Namun, pelakon yang begitu terkenal dengan sikap merendah diri itu tetap setia dengan satu jenama iaitu Porsche. 

BERMULA DENGAN KERETA MAINAN MATCHBOX



Selain suka melayan selekoh, jenama Jerman itu membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan dengan laju dan efisien. Ini yang diungkapkan Reeves.

Bagaimana Reeves membina hubungan istimewa dengan Porsche?. Dilahirkan di Beirut pada 1964, Reeves membesar di tiga lokasi iaitu Sydney, Manhattan dan Kanada.

Awalnya bermula apabila neneknya memberikan dia sebuah kereta mainan Matchbox Porsche 911 Turbo kelabu dan sebuah Ferrari 512 Berlinetta merah. Selain kereta mainan, di garaj mereka juga ada model dengan saiz sebenar. 

Reeves masih ingat sebuah kereta Citroen S dan neneknya memandu Mercedes 450 SL convertible pada era 70-an dan teman lelakinya memiliki sebuah Porsche 911 Targa.

Keanu Reeves menganggap dirinya sebagai peminat Porsche yang cukup setia. Lebih khusus lagi, pelakon The Matrix dan John Wick itu memiliki hubungan istimewa dengan model 911 Carrera 4S (Type 993) berwarna hitam.

HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN PORSCHE

Model itu dikeluarkan sekitar 1995 hingga 1998 di Amerika dan dilengkapi dengan enjin 3.6 liter M64 aspirasi semulajadi serta pacuan roda belakang.  

Selain itu, ciri lain yang dipertimbangkan Reeves iaitu bumbung suria dan transmisi manual. Reeves begitu sukakan bunyi ekzos sport tetapi paling penting adalah ‘feel’ kereta.

“Saya akan guna pelbagai alasan untuk menuju ke lebuhraya pantai pasifik ke jalan grand canyon,” katanya.

Kereta sport itu dinamakan sebagai The Sled kerana bentuknya yang anggun dan laju serta enjin penyejukkan udara terakhir.  

Bukan itu saja, pelakon yang memiliki kereta pertama Volvo 122 pada usia 17 tahun itu juga menyertai Pengalaman Pemanduan Porsche. Bahkan, meningkatkan skil pemanduan dengan kursus latihan pemanduan tambahan dan memenangi perlumbaan selebriti di Toyota Grand Prix of Long Beach pada 2009.

Sayangnya, model 911 miliknya dirembat pencuri ketika dia keluar melakukan penggambaran. Model itu bukan sekadar barangan koleksi buat Reeves. Seperti mana perkongsiannya bersama Top Gear, Reeves begitu suka memandu.

Ingatkah anda dalam filem John Wick apabila Mustang watak itu dicuri?, dia mungkin berasakan perkara sama dalam kehidupan sebenar apabila Porsche 911 miliknya hilang. 

MASIH CARI 911 NAMUN KUSTOM BAHARU

Reeves berkata dia terpaksa melalui masa berkabung sebelum bersedia menggantikan kereta itu. Apabila bersedia untuk mendapatkan 911 baharu, Porsche bersedia membantu.

Kereta sport itu bukanlah sekadar 911, model itu dihidupkan dengan nilai kustom inspirasi Reeves. Dia menghubungi Pusat Rundingan Pelanggan Porsche di Beverly Hills bagi meneroka pilihan kustom yang ada.

Dia memilih hitam pada panel kemasan kabin bahkan meletakkan penanda jam 12 pada stereng.

Rundingan itu berlaku pada masa sama Reeves melakukan kustom pada motor Harley-Davidson miliknya.

Bagi Reeves Porsche 911 adalah inspirasnya: tafsiran moden tentang warisan teknologi, kenderaan yang sesuai untuk kegunaan harian serta kelajuan pada masa sama. 

Difahamkan model itu pertama kali dipandu oleh Reeves ketika penggambaran John Wick, ada kemungkinan dia menerima kereta sport itu pada 2013. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here