Theophilus Chin berkongsi lakaran terkini sebuah Proton Savvy hasil gabungan model Saga dan Fiat Argo.
Perkongsian di akaun Instagram miliknya itu bertanyakan kepada pengikutnya adakah pengguna akan mempertimbangkan model itu berbanding Perodua Axia.
View this post on Instagram
“Satu-satunya Savvy dan Saga kongsi adalah rim, cermin depan, tiang A dan B, pintu depan, cermin sisi, hendal pintu dan jarak roda,” jelasnya.
Gabungan dua model berkenaan digunakan bagi menghasilkan Savvy versi tersendiri. Walaupun penampilannya agak konvensional, Theo hanya mengubah bentuk Saga sedan menjadi versi hatchack bagi menjadikan Savvy generasi kedua serba baharu.
Fascia depan menggunakan rekaan Saga baharu cuma lampu depan sedikit berbeza. Sementara bahagian belakang menggunakan elemen Fiat Argo melibatkan bahagian lampu, pintu but dan bampar.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar