Individu terkaya India beli empat Mercedes-AMG G63, bukan untuk kegunaan sendiri tapi…

3896

Mercedes-Benz G-Class ataupun digelar sebagai G-Wagon sudah lebih 40 tahun di pasaran.  Dalam tempoh berkenaan daripada off-roader tegar yang dibina untuk kegunaan tentera, ia beralih menjadi kenderaan mewah. 

G-Class merupakan salah satu model terlaris Mercedes sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa bulan lalu, pembuat kereta Jerman itu mengumumkan rekod jualan baharu SUV tersebut sebanyak 41,174 unit bagi tahun lalu. 

G-Wagon kerap digunakan dalam filem, rancangan tv mahupun video muzik. SUV yang digelar sebagai mafia itu juga menjadi pilihan artis Hollywood dan selebriti senarai-A seluruh dunia.



BELI G63 BUKAN UNTUK GUNA SENDIRI

Tetapi lain pula bagi Mukesh Ambani dan keluarganya. Mungkin bagi individu lain hanya ada seunit G-Wagon di garaj mereka namun Ambani membeli empat unit namun bukan untuk kegunaan sendiri. 

Menjadi individu terkaya di India keluarga Ambani dibekalkan dengan keselamatan Z+ oleh kerajaan India. Pasukan itu dianggap sebagai anggota keselamatan peribadi tertinggi yang ditawarkan oleh komando Pengawal Keselamatan India.

Ambani membeli empat buah Mercedes-AMG G63 tahun lalu untuk digunakan oleh anggota keselamatan tersebut. Terdapat banyak video yang berlegar di alam maya menunjukkan G-Wagon berwarna putih keluar dari perkarangan rumah mengiringi Ambani.

Di India harga G63 meningkat dua kali ganda selepas dikenakan duti import dan cukai negara itu. Armada G-Wagon yang digunakan oleh pasukan keselamatan peribadi Ambani dianggarkan bernilai ₹100 juta (RM5.6 juta).

Apa yang menarik ialah G350d berkuasa diesel yang lebih mampu milik turut dijual di India, tetapi keluarga Ambani memilih versi AMG berprestasi tinggi. SUV berkotak itu merupakan pengganti kereta keselamatan Range Rover Vogue sebelumnya. 

SIAPAKAH MUKESH AMBANI?

Mukesh Ambani

Siapakah Ambani?, beliau merupakan orang terkaya di India bahkan Asia. Taikun India itu merupakan pengerusi syarikat Reliance Industries melibatkan perniagaan petrokimia, minyak dan gas, telekomunikasi  serta peruncitan.

Dengan nilai kekayaan bernilai AS90 bilion (RM404 bilion), lelaki berusia 65 tahun itu memiliki kediaman yang unik bernilai AS2 bilion (RM 9 juta) di Mumbai. Rumah bernama Antilia itu merupakan lokasi simpanan koleksi kereta terbesar dan termahal di India.

Digelar sebagai garaj Jio oleh peminat kereta di India, ruangan itu menyimpan kira-kira 170 kereta mewah dan angka ini mungkin berubah kerana akan sentiasa ada model yang dinaiktaraf.

Garaj Jio itu turut menjadi ruangan parkir Rolls-Royce Cullinan yang istimewa bernilai AS2 juta (RM9 juta). Keluarga Ambani memiliki tiga SUV Rolls-Royce dan model ketiga itu menerima personalisasi khas. 
@rohitdeswal4417 #ambanihouse #mumbai #rollsroyce #deswal ♬ Hooter with tatto bholenath – Prince Pandat (NCR)

Dengan senarai kustom dan pilihan tambahan, cat khas yang digunakan pada badan SUV itu sahaja bernilai AS128,000 (RM575,072).
 
Selain Cullinan kustom, model lain yang disimpan di garaj tersebut antaranya Bentley Bentayga, Mercedes-Benz E-Class, Mercedes-AMG G63, Bentley Mulsanne, Land Rover Range Rover, Rolls Royce Phantom Drophead Coupe, Porsche Cayenne dan banyak lagi. 
 

Rumah Ambani merupakan bangunan 27 tingkat berkeluasan 400,000 kaki persegi. Enam tingkat dikhususkan untuk menyimpan koleksi kereta beliau selain tersedianya ruangan spa, kuil dan tiga helipad yang diuruskan 600 kakitangan.

@nawab1869 #ambani #jio #antilia_house_amabani ♬ original sound – Teenu dasuya

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here