ETCM lancar Nissan Serena S-Hybrid, ini 3 fakta pantas perlu anda tahu!

1849

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) rasmi memperkenalkan Nissan Serena facelift ke pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian.

  • Nissan Serena Highway Star: RM149,888
  • Nissan Serena Premium Highway Star: RM162,888

*harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan

PEMBAHARUAN LUARAN

MPV premium berkenaan ditawarkan dengan beberapa penambahbaikan pada bahagian luaran agar tampil segar antaranya:



  • Pilihan dua rona warna
  • Rekaan gril depan V- Motion dengan kemasan krom
  • Rim aloi 16-inci hitam berkilat
  • Rekaan baharu bampar depan bersama lampu kabus dan lampu nyala siang
  • Bampar belakang dengan kemasan hitam
  • Lampu depan dwi projektor LED baharu
  • Rekaan lampu belakang bentuk S
  • Dua bukaan pintu but
  • Bukaan pintu gelunsur bebas tangan

TAMBAHBAIK KABIN

  • 7 port USB
  • Kerusi dengan kemasan kulit nappa
  • Papan pemuka lembut dua rona warna
  • 6 pembesar suara
  • Skrin infotainmen 9-inci warna penuh dengan ketersambungan Apple CarPlay & Android Auto
  • Skrin TFT 7-inci dengan meter kelajuan digital penuh

CIRI KESELAMATAN

Serena S-Hybrid kini ditawarkan dengan perisai keselamatan 360 darjah demi perlindungan yang menyeluruh dan lengkap. Ciri keselamatan 360 darjah kini didatangkan dengan keselamatan aktif yang dipertingkatkan termasuk:

  • Amaran titik buta
  • Amaran tukar lorong
  • Amaran trafik belakang
  • Predictive Forward Collision Warning dan brek kecemasan

Nissan Serena didatangkan dengan enjin 2.0 DOHC dengan Twin CVTV, 4-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS @ 6,000rpm dan tork 200Nm @ 4,400rpm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi X-TRONIC CVT. 

ETCM menawarkan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan dan Perkhidmatan Penyelenggaraan percuma lima kali secara selang seli (termasuk alat ganti dan buruh).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here